KOTA KINABALU: Terlalu banyak karenah birokrasi dengan pelbagai syarat ditetapkan jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan, hanya akan membantutkan pembangunan ekonomi Sabah.
Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, karenah birokrasi tersebut mengakibatkan banyak projek pembangunan tertangguh, yang pada akhirnya menjadi antara faktor Sabah jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri, menggesa jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu mempraktikkan pendekatan, idea serta kaedah baharu yang lebih efisien bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembangunan.
"Pada saya, apabila kita tangguh projek pembangunan kerana macam-macam birokrasi dan syarat diminta, secara tidak langsung kita yang sabotaj pembangunan ekonomi kita (Sabah), (tetapi) dalam masa sama kita salahkan pula orang lain sebab tidak membantu membangunkan negeri kita.
"Jadi, kita perlu berubah kerana jika tidak, kita tidak akan dapat apa-apa perubahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan bangunan ibu pejabat Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) dan pusat komersial The Cove di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani surat pengesahan dan pertukaran perjanjian usaha sama antara LPPS dan Deevin Development Sdn Bhd.
LPPS diwakili Timbalan Pengerusinya Aminah Johan dan Ahli Lembaga Pengarah Dr Ramli Amir, manakala Deevin Development diwakili kedua-dua Pengarah syarikatnya Datuk Chee Chi Vun dan Datuk Simon Chee Chi Nyen.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata bangunan baharu itu yang akan dibina di tanah seluas 2.58 hektar berhampiran Tanjung Lipat di sini, bakal menjadi pencetus perubahan dan mercu tanda baharu Sabah yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri, termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Projek pembangunan seumpama ini perlu diteruskan, bagi memastikan ekonomi Sabah dapat dibangunkan selepas tergendala disebabkan pandemik COVID-19," katanya.
Projek pembangunan bernilai RM1 bilion itu, dijangka dimulakan tahun ini melibatkan dua fasa pembinaan iaitu fasa pertama merangkumi ruang pejabat LPPS dan pusat membeli belah, manakala fasa kedua hotel dan kondominum, dengan masing-masing dijangka siap dalam tempoh empat dan lapan tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, karenah birokrasi tersebut mengakibatkan banyak projek pembangunan tertangguh. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.

Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.