SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menasihati pengguna jalan raya supaya tidak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya Temiang-Pantai bagi tujuan bergambar dan berkumpul di lorong berkenaan.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata tindakan memberhentikan kenderaan secara berkumpulan di lorong kecemasan adalah perbuatan tidak sepatutnya dilakukan oleh pengguna jalan raya kerana ia mengundang risiko tinggi berlakunya kemalangan di kawasan terbabit.
"Tindakan pemandu itu membahayakan keselamatan orang ramai dan tidak munasabah kerana ia boleh memberikan satu persepsi bahawa tempat itu adalah tempat pelancongan sedangkan kawasan terbabit adalah lebuh raya, perlu diingat jalan raya ini digunakan untuk kenderaan dan jentera bergerak.
"Apabila mereka berhenti secara berkumpulan atau beramai-ramai ia mengganggu kelancaran trafik. Pemandu lain akan bertemu kelompok kenderaan berhenti dan berkumpul di jalan raya akhirnya mengundang kemungkinan berlakunya kemalangan," katanya kepada pemberita di sini.
Jalan Temiang-Pantai adalah laluan alternatif ke Kuala Klawang atau Jelebu dibuka pada 26 Ogos tahun lepas.
Beliau berkata, kepada mereka yang melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah lalu lintas Jalan 1959 yang menyatakan tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.
Beliau berkata jika disabit kesalahan, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan didenda kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkaitan sekumpulan pemandu kenderaan berkumpul dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang - Pantai untuk bergambar dijalan raya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Jika disabit kesalahan, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan didenda kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. - Facebook/Tourism Malaysia
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.

Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan
Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1
ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan.

Lebih 100 kenderaan guna lorong kecemasan dalam tempoh empat jam
Kesalahan itu dikesan melalui pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Putrajaya.

Dua remaja maut motosikal rempuh lori rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian 11.30 malam itu, penunggang dan pembonceng berusia 18 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis siasat insiden penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di lorong kecemasan
Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya PLUS.

Hanya segelintir salah guna lorong kecemasan - Bukit Aman
Terdapat segelintir sahaja pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu pemantauan di awal musim perayaan ini.