KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengenakan tindakan lebih tegas kepada rakyat tempatan yang membenarkan warga asing termasuk etnik Rohingya tiada lesen memandu menggunakan kenderaan milik mereka.
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana ia jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara.
"Kita (JPJ) mendapati perkara ini semakin berleluasa dan berkemungkinan ia akan tidak terkawal terutamanya melibatkan etnik Rohingya yang memandu kenderaan tanpa lesen dan insuran.
"Jika jumpa mereka (warga asing) memandu kenderaan, kita akan terus sita dan menghubungi pemilik kenderaan rakyat tempatan untuk dikenakan tindakan lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), di sini hari ini.
Mohd Misuari berkata penggunaan kenderaan tempatan oleh etnik Rohingya dilihat serius berikutan sikap mereka lebih berani berbanding warga asing lain yang hanya menggunakan basikal untuk berulang-alik bekerja.
"Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bukan lesen besar untuk mereka memandu. Perkara ini merisaukan kerana ia turut melibatkan nyawa rakyat negara ini.
"Pihak kami telah mengenal pasti kawasan menjadi tumpuan golongan berkenaan dan akan mengatur gerak penguat kuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat tempatan supaya tidak bersikap pemurah dengan memberi pinjam dan menjual kenderaan kepada etnik Rohingya dan warga asing yang tiada dokumen sah.
"Bukan kita anti dengan warga asing, namun mereka perlu mengikuti peraturan yang ada dalam negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
JPJ memandang serius perkara tersebut kerana ia jelas melanggar peraturan dan undang-undang negara.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini.
Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja
JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).