Bagi 'kaki wayang' dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai depan, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.
Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton 'layar kecil' di rumah dengan rancangan dan filem lama yang disiar berulang kali, baik menerusi siaran televisyen digital percuma, mahupun stesen televisyen berbayar, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu.
Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, 'James Bond: No Time To Die', yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19.
Turut 'beratur' menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel 'Black Widow'; filem keluaran Walt Disney Pictures 'Mulan', serta filem seram 'Antlers' dan 'Antebellum'.
Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk membenarkan aktiviti teater dan 'live event', serta riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian.
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan.
Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.
Sudah tentu, kita tidak mahu kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat dan wujud kembali kluster baharu, dek kealpaan dan kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Lihat sahaja apa yang berlaku tiga hari lalu, apabila timbul kluster di Labu Lanjut, Sepang, yang menjangkiti lima individu setakat ini, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung.
Walaupun jumlahnya hanya satu angka, tidak mustahil angka itu akan meningkat serta timbul lagi kluster baharu seumpamanya, jika aspek kawalan kendiri termasuk amalan jarak sosial diabaikan.
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri beberapa hari lepas mengeluarkan amaran tentang 'fasa baharu dan berbahaya' pandemik COVID-19, apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung dan kawalan pergerakan, sedangkan virus itu masih merebak.
Ingatlah, kita belum menang walaupun semalam buat kali kedua, tiada kes penularan di negara ini dalam kalangan warganegara direkodkan, selepas kali pertama dicatatkan pada 9 Jun lepas.
Berjaya atau tidak usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini, banyak bergantung kepada usaha rakyat sendiri, kerana Malaysia hanya boleh mengumumkan bebas daripada jangkitan COVID-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 22 2020

Pawagam dibenar beroperasi semula bermula 1 Julai depan. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.

Filem 'Black Widow' ditayang bermula Julai
"Black Widow" yang sepatutnya ditayang 7 Mei depan, ditunda tayangan ke 9 Julai.

Seru kedatangan penonton! Black Widow, James Bond jadi harapan pawagam kembali bernyawa
Pemilik pawagam dan penganalisis industri optimis terutama kini setelah vaksin COVID-19 dilancarkan.

Scarlett Johansson kahwini bintang Saturday Night Live, Colin Jost
Mereka berharap dapat terus membantu warga emas yang amat memerlukan perhatian pada masa yang sukar ini.

Disney tangguh tayangan filem Black Widow, The Eternals
Nampaknya kita kena tunggu tahun depan baru boleh tengok Black Widow beraksi.

Jangan alpa kelonggaran diberikan kerajaan
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan.

Tayangan Black Widow ditunda ke November 2020
Berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, kebanyakan filem terpaksa menunda tarikh tayangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19
Matt Reeves membuat pengumuman itu pada Rabu sebagai reaksi kepada pertanyaan peminat sama ada filem itu ditangguh akibat pandemik COVID-19.

COVID-19: Tayangan filem 'Black Widow' ditangguhkan
Filem yang dibintangi oleh Scarlett Johansson itu dijadualkan menemui peminat di seluruh negara pada 1 Mei ini.

Rindu dengan Black Widow? Dia kini kembali
Pasti ramai yang sedih menyaksikan babak watak Natasha Romanoff mati di dalam Avengers: End Game kerana berkorban untuk mendapatkan soul stone demi menyelamatkan rakan-rakannya dan seluruh masyarakat.