KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keluh kesah rakyat yang tidak dapat menyediakan deposit bagi memiliki rumah pertama, Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus itu yang akan membolehkan semua kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman.
"Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubah suai," kata beliau semasa mengumumkan inisiatif 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berikutan penambahbaikan SJKP berkenaan, jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan sedang mengusahakan Pelan Tindakan Perumahan Negara yang antaranya merangkumi keperluan bekalan rumah berpandukan metrik seperti catuan harga rumah median untuk pendapatan median.
Anwar berkata penyediaan perumahan awam juga diteruskan di samping merancakkan pasaran sewa sebagai usaha memenuhi keperluan perumahan.
Menerusi Ekonomi Madani itu, Perdana Menteri berkata kerajaan berikrar memastikan semua rakyat menikmati akses yang universal daripada segi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik.
"Rakyat di kawasan desa wajar mempunyai perkhidmatan asas bertaraf dunia. Setakat 2022, 97 peratus penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat," kata beliau.
Bagi menangani isu bekalan air di Kelantan dan Sabah, Anwar mengumumkan tambahan keseluruhan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri itu.
"Kerajaan juga akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir," kata Perdana Menteri.
Mengenai usaha menambah baik jaringan kesalinghubungan udara, Anwar berkata pelaksanaan Projek Mass Rapid Transit (MRT3) di Lembah Klang akan diteruskan setelah kerajaan memastikan kos yang munasabah selain melaksanakan Bas Rapid Tranport di Johor Bharu, Johor dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.
"Pengurusan pengangkutan awam darat disatukan supaya semua aset dapat dioptimumkan dengan menumpukan usaha membina rangkaian pengangkutan awam antara bandar dan dalam bandar serta menambah baik isu jaringan terakhir melalui kaedah cekap kos termasuk bas elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berikutan penambahbaikan SJKP berkenaan, jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan. - Foto BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus bantu rakyat miliki rumah pertama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mengumumkan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.
Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.