IPOH: Jangan hanya bila berlaku kemalangan jiwa, baru hendak salurkan peruntukan untuk naik taraf jambatan ini, ujar Ahli Dewan Undangan Manjoi, Datuk Asmuni Awi.
Beliau merujuk kepada keadaan jalan di jambatan Sungai Pari di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor yang menjadi laluan harian serta jalan pintas kepada ribuan pengguna jalan raya.
Katanya jambatan itu turut menjadi penghubung kepada mereka yang melaluinya dari Jalan Kuala Kangsar untuk ke Meru Raya.
Asmuni berkata, jambatan berkenaan sudah tidak selamat untuk digunakan memandangkan terdapat lubang di bahagian tengahnya, selain stuktur jalan yang tidak rata.
Tinjauan di lokasi hari ini juga mendapati terdapat lapisan besi nipis yang sudah terkeluar, ia menjadi penampan konkrit lapisan bahagian atas.
"Rancangan pembinaan baharu di RPT Chepor itu adalah di bawah peruntukan dan seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
"Ia di bawah projek menaiktaraf jambatan penghubung Kampung Seri Klebang dan Kampung RPT Chepor.
"Struktur jambatan ini dilihat terlalu lemah kerana ia disambung dua pada penyambung yang berlubang dan di bawahnya sudah tinggal sekeping besi nipis yang menjadi penampan konkrit lapisan bahagian atas.
"Kita juga melihat retaknya sudah semakin lebar, jika ada kenderaan berat yang lalu betul-betul di atas rekahan itu ia akan patah dan ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau jambatan berkenaan pada Rabu.
Hadir sama, masyarakat setempat yang turut mahu masalah itu diselesaikan dengan kadar segera.
Baharum Mohd Yusuf, 68, yang tinggal di RPT Chepor lebih 30 tahun lalu berkata, jambatan yang sudah berusia kira-kira 25 tahun itu perlu dibaiki segera.
"Isu ini sudah lama malah telah dibangkitkan beberapa kali kepada pihak berwajib.
"Keadaan jalan di atas jambatan juga tidak rata, tinggi sebelah dan berbahaya, ramai pengguna jalan raya yang alami kemalangan di situ," katanya.
Jelasnya, terdapat lebih 200 kediaman berada berhampiran kawasan tersebut dan penduduk terutama dari Klebang serta Tasek Damai akan menggunakan jambatan itu.
Sementara itu seorang lagi wakil penduduk, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak sejak 2019 lalu.
"Sejak tahun 2014 sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya sepuluh kemalangan di laluan jambatan itu," katanya.
Dalam pada itu, Asmuni turut berharap supaya tindakan jangka pendek diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Kita sudah memaklumkan pihak yang berkaitan berkenaan keadaan terkini jambatan.
"Kita mengharapkan selepas ini ada tindakan susulan segera diambil, khususnya dari pihak Pejabat Daerah dan JPS untuk memperbaiki kerosakan yang ada sementara menanti tindakan jangka panjang membina semula jambatan ini," katanya.
Aida Aziz
Wed Jun 08 2022
Asmuni berkata, jambatan berkenaan sudah tidak selamat untuk digunakan memandangkan terdapat lubang di bahagian tengahnya, selain stuktur jalan yang tidak rata. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Mangsa banjir di RPT Chepor mohon bantuan
Rata-rata dalam kalangan mereka masih berharap ada pihak yang dapat membantu mereka dari segi membaiki kerosakan peralatan dan struktur kediaman.
Banjir kilat: Mangsa di RPT Chepor terima bantuan wang ehsan RM300
Kerajaan negeri Perak telah menyalurkan bantuan khas wang ehsan RM300 kepada mangsa banjir Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor.
Banjir kilat terburuk di RPT Chepor sejak 30 tahun - Mangsa
Mangsa banjir kilat di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor Ipoh menyifatkan kejadian semalam adalah yang terburuk sejak 30 tahun tinggal di kawasan tersebut.
93 mangsa banjir kilat di Ipoh pindah ke PPS SK Sri Klebang
Mangsa banjir kilat di RPT Chepor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi hari ini berbanding 55 orang yang direkodkan malam semalam.
Jambatan rosak, berlubang: Jangan sampai nyawa melayang, baru bertindak!
Jangan hanya bila berlaku kemalangan jiwa, baru hendak salurkan peruntukan untuk naik taraf jambatan ini, ujar Ahli Dewan Undangan Manjoi, Datuk Asmuni Awi.