KUALA LUMPUR: Jalinan kerjasama rentas agensi membuahkan hasil dalam mengekang jenayah penipuan 'scam' menerusi panggilan telefon dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Ini termasuk melalui perkongsian pintar antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata usaha berkenaan akan terus dipergiat bagi membanteras jenayah itu yang menyebabkan kerugian mangsa mencecah sehingga jutaan ringgit.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata selain kerjasama rentas agensi, undang-undang sedia ada juga mungkin perlu dilihat semula memandangkan jenayah ini sentiasa berkembang dengan elemen baharu, mencadangkan agar langkah diambil negara Eropah dijadikan contoh.
"Mungkin undang-undang sedia ada tidak memadai kerana kaedah perlakuan jenayah telah berubah umpamanya, ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI) juga memerlukan kajian semula undang-undang," katanya menambah setakat ini, jenayah penipuan masih mengguna pakai Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilapor berkata hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi bagi menangani isu penipuan dalam talian.
Menurutnya, sebanyak 8,499 aduan awam turut diterima berkaitan aktiviti penipuan dari 2020 hingga April lepas dan sebanyak 3,370 laman phishing berjaya disekat
Sementara itu, pelajar universiti awam G. Dachainee, 24 berkata sekatan tersebut memberi kelegaan kepada rakyat namun isu ini masih berada di tahap membimbangkan memandangkan terdapat segelintir masyarakat kurang cakna terhadap perkembangan teknologi.
"Cadangan tersebut sudah cukup baik untuk menyekat penipuan dalam talian tetapi cara mengesan pelaku perlu dipertingkatkan kerana mangsa yang terlibat kebanyakannya adalah warga tua dan pelajar," katanya.
Seorang ahli perniagaan Amirah Idris, 35, berkata usaha tersebut menunjukkan kerajaan serius dalam menangani isu penipuan dalam talian, bagaimanapun rakyat harus sentiasa berwaspada kerana jenayah siber itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
"Saya rasa usaha daripada kerajaan perlu dipertingkatkan memandangkan masih ada lopong-lopong dalam langkah tersebut seperti kawalan data peribadi melalui link di website contohnya di aplikasi perbankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilapor berkata hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
Jalinan kerjasama rentas agensi buah hasil kekang 'scam' menerusi telefon dan SMS
Jalinan kerjasama rentas agensi membuahkan hasil dalam mengekang jenayah penipuan 'scam' menerusi panggilan telefon dan SMS.
Perak rancang wujudkan pasukan petugas tangani jenayah penipuan dalam talian
Pasukan itu akan melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, MCMC Jabatan Penerangan dan lain-lain.
Dua agensi pekerjaan terlibat penipuan tawaran kerja di luar negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan.