KUALA LUMPUR: Pengguna boleh mengemukakan tuntutan terhadap agensi kerajaan sekiranya berlaku kemalangan disebabkan keadaan jalan Persekutuan yang rosak atau berlubang.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada syarikat konsesi untuk dilaksanakan mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.
"Dengan ini pengguna yang terlibat (dalam kemalangan) boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah terhadap syarikat konsesi atau kerajaan Malaysia," katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada soalan V Ganabatirau (PH-Klang) sama ada pengguna yang terlibat dalam kemalangan disebabkan kerosakan jalan raya boleh membuat tuntutan kepada kerajaan memandangkan kebanyakan jalan di Klang berada dalam keadaan 'uzur'.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, mengikut perjanjian konsesi, syarikat konsesi berkenaan mempunyai obligasi untuk menanggung kerugian.
Namun, beliau menjelaskan, beban pembuktian adalah terletak kepada pengguna dengan membuktikan kemalangan tersebut adalah berpunca daripada masalah kerosakan jalan raya dan bukannya akibat kecuaian pemanduan mangsa atau pengguna jalan raya yang lain.
"Untuk apa-apa tuntutan akibat daripada kemalangan seperti kerosakan atau kecederaan yang dialami pengguna disebabkan kerja-kerja konsesi tersebut, pengguna perlu mengemukakan bukti bahawa kemalangan itu adalah berpunca daripada masalah kerosakan," jelasnya.
Beliau turut mencadangkan isu berkenaan ditangani dengan kerjasama pihak lain.
"Usaha sama dengan pihak Kementerian Pengangkutan perlu diadakan bagi menangani permasalahan bebanan kenderaan dan peningkatan trafik kenderaan yang melalui jalan, terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang.
"Ia juga perlu dilakukan dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi memastikan keperluan peruntukan disalurkan bagi menyelesaikan peruntukan jalan di kawasan itu," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 17 2023
![Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679028048_AbdulRahman.jpg)
Menjawab soalan V Ganabatirau (kanan), Abdul Rahman Mohamad berkata, mengikut perjanjian, syarikat konsesi mempunyai obligasi untuk menanggung kerugian. -Foto fail
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151354_Palestinianpatients.jpg)
Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza
Pakistan akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar perubatan Palestin dari Gaza bagi melanjutkan pengajian mereka di negara itu.
![Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679028048_AbdulRahman.jpg)
Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman
Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada syarikat konsesi untuk dilaksanakan mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.