Sebahagian Jalan Macalister di Pulau Pinang yang rosak akibat runtuhan konkrit penebat kilat di jalan itu sudah siap dibaik pulih sepenuhnya pagi ini.
Bagaimanapun jalan sepanjang kira-kira 100 meter itu masih belum dibuka kepada orang ramai kerana kerja-kerja pembersihan di Menara Umno masih belum disiapkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meninjau di lokasi kejadian runtuhan itu berkata, jalan raya itu sepatutnya dibuka kepada orang ramai hari ini selepas semua kerja-kerja siap dilakukan.
Beliau meminta pihak JKP Sdn Bhd menyelesaikan kerja-kerja pembersihan secepat mungkin bagi membolehkan jalan itu dibuka kepada orang ramai sebagaimana yang dijanjikannya sebelum ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd,Datuk Adzmi Ariffin memaklumkan kerja-kerja pembersihan sisa konkrit di bangunan itu telah pun disiapkan namun hanya tinggal kerja-kerja mengalihkan gondola dan sekurangnya 1 peratus sisa ‘metal cladding” yang masih berada di atas bangunan dan ia akan disiapkan hari ini.
Bahagian jalan yang rosak teruk itu membentuk kawah sedalam lima meter selepas pasukan penyelamat terpaksa mengorek tanah di situ bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus akibat runtuhan penebat kilat tersebut.
Seorang peniaga, Lim Chin Aik, yang memandu kereta jenis Honda City dipercayai tertimbus selepas dihempap runtuhan konkrit penebat kilat yang jatuh dari atas Menara Umno Pulau Pinang akibat angin kencang.
Dalam kejadian ribut dan angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada jam 6.45 petang Khamis minggu lalu, dua orang terkorban manakala enam cedera dan merosakkan beberapa kenderaan lain.
Astro Awani
Thu Jun 20 2013
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Ibu maut, anak kritikal terhidu asap di bilik hotel
Seorang wanita ditemui maut manakala anak lelakinya dilaporkan kritikal akibat terhidu asap di bilik sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town petang Selasa.
Inkues kematian Lim Chin Aik di Jalan Macalister bermula dari 2 hingga 6 Sept
Inkues bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister, di sini ditetapkan dari 2 hingga 6 Sept.
Operasi mencari dan menyelamat di Jalan Macalister dihentikan
Operasi mencari dan mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian penebat kilat jatuh dan menghempap jalan di Jalan Macalister dihentikan.
Kerja pembersihan di bangunan Umno masih diteruskan
Kerja-kerja pembersihan jalan akibat runtuhan rod penebat kilat yang diletakkan di atas menara Umno, Pulau Pinang di Jalan Macalister masih lagi dijalankan sehingga lewat petang ini.