Laluan alternatif menggunakan jalan lama Persekutuan, Kuala Lumpur-Bentong dibuka kepada kenderaan bermula 11 pagi ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini merupakan laluan alternatif kedua disediakan kepada orang ramai berikutan penutupan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat banjir lumpur sejak semalam.
"Laluan alternatif kedua iaitu daripada Bentong ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan lama Persekutuan FT 068 (KL-Bentong).
"Kenderaan daripada Persimpangan Bertingkat Bentong boleh menggunakan laluan alternatif berkenaan untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala bagi kenderaan dari Kuala Lumpur pula perlu melalui jalan gombak menuju ke Jalan Bentong lama," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, jalan itu hanya dibuka waktu siang sahaja iaitu daripada jam 7 pagi hingga 6 petang buat sementara.
Ia berikutan jalan tersebut turut mengalami beberapa hakisan dan masih di bawah pemantauan JKR Daerah Bentong, bersama syarikat konsesi.
"Ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan berikutan laluan yang terhad, manakala kenderaan berat perlu menggunakan laluan alternatif lain.
"Jalan itu akan ditutup semula kepada semua kenderaan sebaik sahaja Lebuhraya Karak dibuka semula bagi membolehkan kerja-kerja siasatan cerun dijalankan." katanya.
Menurut kenyataan itu, semua pengguna jalan berkenaan perlu mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan memandu dengan berhati-hati kerana terdapat bahagian-bahagian tertentu diselaputi lumpur dan berkemungkinan licin disebabkan oleh musim hujan sekarang.
Pengguna juga perlu berhati-hati sekiranya ternampak tanda-tanda berlakunya hakisan di lereng-lereng bukit, khususnya semasa waktu hujan.
FOTO: Banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Jentera dan kakitangan JKR serta konsesi yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan berada di laluan di waktu siang dari semasa kesemasa bagi memberi bantuan sekiranya diperlukan.
FOTO: Kesan akibat banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Sementara itu, ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan bina penghadang konkrit di KM52.4 Lebuhraya KL-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur tersebut.
Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan JKR di talian 03-26107727
Shuhami Zabri
Fri Nov 13 2015
![Jalan lama Kuala Lumpur-Bentong mula dibuka 11 pagi ini - JKR Jalan lama Kuala Lumpur-Bentong mula dibuka 11 pagi ini - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447390989_950x600.jpg)
"Laluan alternatif kedua iaitu daripada Bentong ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan lama Persekutuan FT 068 (KL-Bentong). - Gambar Fail
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706755052_projekpelebaranjal.jpg)
Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang
Projek yang bakal dijalankan Anih Bhd itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.
![Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681787904_penyelenggaraanjalan.jpg)
Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan
Kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.
![Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648639302_TBKEMALANGANjpg.jpg)
Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km
Twitter Anih Berhad @LPTTrafik memaklumkan kemalangan yang melibatkan sebuah treler membawa bahan kimia itu menyebabkan kesesakan dari KM40.2.
![Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596342854_Solatlorongkecemasan.jpg)
Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan
Dikhuatiri penunggang motosikal atau kenderaan lain mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.
![Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447323041_Karakhighway.jpg)
Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Anih Berhad menafikan dakwaan berlaku simbahan minyak di Kilometer 75.7 lebuh raya itu.
![1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1 1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61501140449_TOLLPT.jpg)
1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.
![Anih Berhad tawar diskaun 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina Anih Berhad tawar diskaun 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61497504005_PlazaTol.jpg)
Anih Berhad tawar diskaun 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina
Diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Feb hingga 11.59 malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.
![Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489679883_bastol.jpg)
Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad
Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh pada pukul 3.15 petang semalam adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.
![Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473412622_TerowongGenting.jpg)
Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad
Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.
![Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447386185_TanahRuntuh.jpg)
Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak
Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.