JELEBU: Kerja membaik pulih infrastruktur termasuk jalan kampung, jambatan serta kemudahan awam seperti surau dan longkang di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang rosak akibat banjir di negeri terlibat akan disegerakan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, antara kawasan luar bandar yang mengalami kerosakan teruk adalah di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.
"Kawasan luar bandar di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terlibat banjir menghadapi kerosakan yang banyak terutama jalan kampung... mengambil contoh di Jelebu, banyak tempat rosak dan kita akan sediakan peruntukan di peringkat kementerian untuk membaik pulih kerosakan.
"Pihak saya sedang menunggu maklumat penuh daripada Jabatan Kerja Raya di setiap negeri mengenai kos yang diperlukan untuk memperbaiki jalan raya rosak tetapi kerja immediate, boleh disegerakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di Pejabat UMNO Jelebu, Simpang Pertang hari ini.
Terdahulu, beliau meninjau beberapa jalan kampung yang rosak teruk di Kampung Renal dan Kampung Kemin.
Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, pula berkata terdapat 24 jambatan di daerah itu yang rosak teruk akibat banjir dan perlu diperbaiki segera bagi memudahkan penduduk.
Beliau juga berkata jumlah mangsa banjir di Jelebu ialah 1,476 orang dari 36 kampung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Antara kawasan luar bandar yang mengalami kerosakan teruk adalah di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor. - Gambar fail
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
Thailand dijangka mulakan pembinaan jambatan kembar di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025
Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, penaksiran kesan persekitaran (EIA) perlu dijalankan.
RM178.7 juta diperuntukkan bagi pembesaran jambatan, jalan di Pontian
Antaranya, pembesaran Jambatan Sungai Pontian Kecil dengan kos RM23.1 juta dan naik taraf Jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai (RM65.6 juta).
Jambatan runtuh, kereta api bawa asfalt terhumban dalam sungai
Ketika kejadian, tujuh gerabak kereta api terbabit kesemuanya membawa bahan campuran asfalt panas dengan belerang cair.
Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan
Mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala.
Banjir Baling: Penduduk lega jambatan sementara siap sebelum Aidiladha
Pembinaan jambatan itu juga jelasnya akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk di kawasan sekitar.
Isu jambatan gantung putus di Nabawan bukan dalam kawasan sekolah
Jambatan gantung itu adalah jambatan awam manakala alat yang dinaiki murid berkenaan sebenarnya untuk menghantar barang penduduk kampung.
Pergaduhan tular berpunca salah faham baiki jambatan, 6 sudah ditahan
Perselisihan faham berhubung isu baik pulih jambatan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, semalam.
Op Murni: ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa
Jambatan 'Compact Bailey 200' sepanjang 18.24 meter (m) dan lebar 7.35 m itu, merupakan aset yang dibekalkan oleh JKR Selangor.
Jalan kampung, jambatan di luar bandar akan segera dibaik pulih - Mahdzir Khalid
Antara kawasan luar bandar yang mengalami kerosakan teruk adalah di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.
Jambatan sepanjang 2.3km rentasi Sungai Pahang ciri unik Seksyen 6 ECRL
Pembinaan jambatan itu telah bermula Mac lepas dan dijangka siap pada Dis 2023.