Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KL Pagi Bebas Kenderaan hari ini mengumumkan jalan yang biasanya ditutup pada setiap Ahad pertama akan ditukar ke Sabtu untuk memberi laluan kepada larian tahunan Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2015 (SCKLM2015) Ahad ini.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi ‘KL Car Free Morning’ pada Jumaaat turut menasihatkan peserta-pesertanya untuk tidak mengambil bahagian dalam acaranya sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU melebihi bacaan 100.

Facebook

Orang awam diminta untuk berkumpul pada hari esok di Dataran Merdeka pada jam 6 pagi. Acara ‘flag-off’ akan bermula pada jam 7 pagi.

Pelbagai aktiviti ditawarkan KL Car Free Morning termasuk acara basikal, joging, jalan kaki, luncur selaju (rollerskating), papan selaju (skateboarding) dan handcycling.

Untuk makluman lanjut, orang awam boleh melayari laman Facebook KL Car Free Morning.