PUTRAJAYA: Jajaran Seksyen C projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang kembali ke jajaran asal seperti yang dicadangkan pada tahun 2016-2017, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Sept 2020 telah meluluskan jajaran tersebut dan Kabinet pada 31 Mac lepas mahu pelaksanaan Seksyen C ECRL itu dilaksanakan serta-merta.
Wee berkata jajaran asal Seksyen C, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan melibatkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.
"Kementerian Pengangkutan sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial," katanya dalam sidang media ECRL di sini hari ini.
Menurut Wee, Jajaran Utara itu atau Jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 kilometer (km) termasuk 32.4 km jajaran sisihan, manakala jajaran Seksyen C ECRL 2.0 yang dicadangkan kerajaan terdahulu melibatkan 185.5 km panjang termasuk 41.5 km jajaran sisihan.
Dengan perubahan terkini itu, Wee berkata keseluruhan jajaran ECRL 3.0 dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang adalah berjumlah 665 km berbanding 640 km sebelum ini.
Beliau berkata Jajaran Utara itu akan melibatkan pembinaan tujuh stesen iaitu Temerloh, Bentong, ITT Gombak, Serendah Baru dan Jalan Kastam di Pelabuhan Klang pada peringkat awal, manakala Puncak Alam dan Kapar di Selangor ditetapkan sebagai stesen perancangan masa hadapan.
"Temerloh, Bentong, Serendah Baru dan Jalan Kastam merupakan stesen penumpang dan kargo, manakala ITT Gombak sebagai stesen penumpang," katanya.
Wee berkata Jajaran Utara ditambah baik kebolehmampuannya dengan memasukkan cadangan infrastruktur projek Serendah Bypass sebagai sebahagian daripada jajaran dan skop projek ECRL.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan mencadangkan jajaran ECRL di antara Serendah dan Pelabuhan Klang merangkumi dua jenis trek iaitu trek tolok standard iaitu 1.435 meter untuk ECRL dan trek tolok meter untuk Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Wee berkata trek tolok meter akan berfungsi sebagai laluan pintasan rel untuk kargo KTMB di antara Serendah dan Pelabuhan Klang.
Beliau berkata pembinaan Serendah Bypass amat penting kerana ketika ini kargo yang membawa muatan bahan kimia atau simen dari bahagian utara perlu melintasi pusat bandar Kuala Lumpur serta perjalanan memakan masa sejam 40 minit.
"Jadi kargo ini akan melalui jalan pintas dari Serendah ke pelabuhan di barat dan utara tanpa memasuki pusat bandar. Ini adalah faktor keselamatan dan kesesakan servis kargo yang dihadapi KTMB dapat diselesaikan," katanya.
"Kerajaan Persekutuan kini dapat menawarkan penjimatan dari segi perbelanjaan infrastruktur dengan menawarkan cadangan ideal untuk melaksanakan dua projek rel pada satu harga," katanya.
Wee berkata anggaran kos bagi ECRL Jajaran Utara atau ECRL 3.0 adalah RM50 bilion termasuk pembinaan Serendah ByPass.
"Walaupun pelaksanaan ECRL diubah kepada laluan asal iaitu Jajaran Utara, projek itu masih boleh disiapkan dalam masa tujuh tahun dan mula beroperasi pada 2027," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Wee berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Sept 2020 telah meluluskan jajaran tersebut dan Kabinet pada 31 Mac lepas mahu pelaksanaan Seksyen C ECRL itu dilaksanakan serta-merta. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.

Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.

Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.