Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal JAIPs, Mohd Al Hafiz Abdul Aziz berkata sesi penerangan itu akan dilakukan dalam kadar segera bagi memperbetulkan kekeliruan dalam kalangan peniaga.
"Kita akan minta mereka (peniaga) label dan asingkan peralatan yang diperbuat daripada binatang berkenaan iaitu anjing dan babi bagi mengelak orang Islam terbeli dan menggunakan peralatan itu.
"Cara ini (premis ke premis) adalah lebih praktikal dan cepat berbanding jika mahu semua peniaga berkenaan datang ke jabatan agama," katanya.
BACA: 150 berus cat bulu babi dirampas di Johor
BACA: Berus bulu babi: Kerajaan kaji kenakan permit import khas - Ahmad Maslan
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengikuti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan operasi di premis perkakasan binaan di sekitar Kangar hari ini.
Sementara itu, Penolong Ketua Penguatkuasa KPDNKK Perlis Ahmad Sabri Mohd Suri berkata dalam operasi khas di tiga premis itu, sebanyak 21 berus cat bernilai RM93.50 dirampas.
"Sebanyak dua daripada tiga premis dikesan menjual berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi dan ini baru melibatkan kes di Kangar, kita akan terus adakan operasi di premis lain pula di seluruh negeri selepas ini," katanya.
Semua barang rampasan berkenaan akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis.
Katanya, jika peniaga berkenaan didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sabri berkata, selepas ini KPDNKK juga akan mengadakan operasi ke kedai membuat kek dan roti kerana dikhuatiri turut menggunakan peralatan daripada bulu haiwan berkenaan.
"Kita tidak mahu perkara ini dipandang remeh kerana ia membabitkan hak pengguna dan paling utama kesucian umat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017
JAIPs akan memberi penerangan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi. - Gambar FB - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar..
Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat
Tiada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlibat dalam kes kartel daging import haram yang dibongkar di Senai, Johor baru-baru ini.
Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar
Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat
JAIPs akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.