Astro Publication
Wed Aug 26 2015
Sedang banyak pengeluar kereta cuba mencuri perhatian umum dengan memberi maklumat awal model-model terbaharu yang akan dibawa ke pameran kereta Frankfurt bulan hadapan, Jaguar mungkin terasa sedikit terasing. Setakat ini, tidak ada berita besar dari mereka. Yang ada cuma model SUV pertama mereka – F-Pace.
Walaupun begitu, ia masih lagi giat dibangunkan dan sudah masuk peringkat-peringkat akhir sebelum ia dapat dilancarkan.
Hari ini, pihak Jaguar sekali lagi mengeluarkan sebuah klip video pendek menceritakan usaha mereka untuk memberi SUV ini kemampuan dinamik yang tinggi. Untuk Jaguar, mereka mahu memberi pembeli sebuah crossover yang dibuat untuk mereka yang menghargai setiap pemanduan.
Untuk itu, video ini menunjukkan contoh-contoh lokasi di mana ujian pemanduan dilakukan: gunung-ganang dengan jalan berselekoh, jalan luar bandar yang lancar, dan juga di lebuhraya.
Mengikut kata Mike Cross, ketua jurutera untuk integriti kenderaan, Jaguar, “Kami sudah meneliti pengendaliannya pada semua keadaan dan situasi, dan hasilnya F-Pace ini mempunyai kualiti pemanduan memikat yang juga selesa dan senyap.”
Jaguar ini direka agar lebih ringan dan yang membuatkan ini terjadi adalah penggunaan aluminium yang meluas. Walaupun ringan, ia juga menampilkan senibina yang kuat.
Turut diberikan perhatian adalah tindak balas stereng yang lebih bagus untuk pemandu. Untuk ini, banyak juga yang dipelajari daripada model F-Type. Begitu juga dengan sistem vektor tork dan kemampuan pacuan semua roda (AWD) F-Pace ini.
Sebelum ini Jaguar turut menerbitkan sebuah klip menunjukkan proses ujian memandu yang dilakukan pada keadaan yang sangat panas dan sejuk. Seperti yang dapat dilihat di dalam video bawah, tujuan nya adalah untuk memastikan peralatan dan komponen dapat berfungsi seperti biasa dan F-Pace ini mempunyai kualiti yang setanding tidak kira di mana juga ia digunakan.
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
Jaguar berikan F-Pace kualiti pengendalian terbaik
Video ujian pemanduan terangkan fokus Jaguar untuk hasilkan produk yang menyeronokkan untuk dipandu