ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan Pengerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat kenyataan sinis terhadapnya.
Sanusi sebaliknya menegur Menteri Dalam Negeri itu supaya belajar menghormati bidang tugas orang lain selain dinasihatkan bekerja mengikut sistem sedia ada.
“Berada dalam petak masing-masing. Mahu melawat sekali sekala tak salah, tetapi projek itu ada penguasanya mengikut peraturan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Khamis.
Menurutnya, setiap kerja akan menjadi berselerak sekiranya ada pihak enggan mematuhi sistem kerja dengan campur tangan pada peringkat yang bukan bidang kuasanya, sebaliknya tugasan yang sepatutnya dilakukan pada peringkatnya pula diabaikan.
“Kita bekerja atas landasan kita, tidak ‘cilok’ landasan orang lain sesuka hati. Kita telah ada sistem kerja pada setiap peringkat dengan fungsi setiap agensi dan jabatan yang diwujudkan.
“Sistem itu telah melalui pelbagai proses pemantapan sejak puluhan tahun, sudah dibukukan, diikat dengan arahan pekeliling kerajaan untuk memandu semua sendi kerajaan berfungsi pada peringkat masing-masing,” jelasnya.
Sanusi memaklumkan, pelaksanaan lima Loji Rawatan Air (LRA) yang sedang berjalan pada ketika ini mempunyai Pegawai Penguasa Projek (PP) yang dilantik selepas projek terbabit diluluskan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
“PP sebagai penguasa telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sebagai wakil PP yang menubuhkan sebuah Unit Teknikal JKR, iaitu Pasukan Projek Air Kedah (PPAK) pada 2021 dengan objektif mengukuhkan lagi kaedah atau mekanisme pemantauan projek LRA,” ujarnya.
Menurutnya, selaku badan sah mewakili Pegawai Penguasa Projek dalam menangani isu berbangkit berhubung projek berkenaan, sebarang arahan atau pandangan sama ada daripada menteri penyelaras atau timbalan menteri termasuk menteri besar sekalipun wajib melalui struktur carta aliran dalam sistem kerja tanpa terkecuali.
“Saya rasa sindrom ini pernah berlaku ketika kerajaan 22 bulan dan diulang lagi pada ketika ini.
“Puncanya mereka tidak percaya kepada keupayaan pegawai kerajaan yang terlatih dan sistem kerja yang sudah ‘establish.’ Apabila projek lambat, mereka cari orang lain untuk disalahkan.
“Bila projek itu siap kelak, mereka akan ada di depan untuk tuntut politik milage. Itu saja la depa (mereka) reti (tahu). Politik 24 jam!” tegasnya.
Pertikaman lidah antara Sanusi dan Saifuddin berlarutan apabila pada Selasa, Saifuddin membuat kenyataan sinis terhadap Sanusi dengan mengatakan, beliau tidak mahu mengganggu tumpuan Sanusi membangunkan The Greater Kedah meskipun Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri tidak diadakan.
Saifuddin secara sinis menyatakan biarlah dirinya memantau projek kecil seperti LRA, sementara Sanusi menjaga projek bernilai bilion ringgit seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), litar lumba di Sungai Petani serta jambatan darat Kedah-Songkhla.
Sebelum itu, Sanusi menyifatkan alasan Saifuddin yang tidak mengadakan mesyuarat kerana bimbang berlaku kebocoran maklumat rahsia sebagai 'mengada-ngada.'
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 7 Mac lalu, Sanusi dilaporkan kesal dengan tindakan Saifuddin yang tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri sejak majlis tersebut ditubuhkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 21 2024
Sanusi (kiri) nasihat Saifuddin supaya belajar menghormati bidang tugas orang lain selain dinasihatkan bekerja mengikut sistem sedia ada. - Gambar fail
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.
Akmal Nasrullah teruskan perlawanan bola sepak tanpa Sanusi hari ini
Pembatalan perlawanan itu berikutan tiada kata akhir yang diterima daripada pihak Muhammad Sanusi.
PRK Sg Bakap: Sanusi dijangka watak utama PN, PH-BN saling memahami - Penganalisis
Sanusi dianggap panglima perang kepada Perikatan Nasional dan pastinya akan membawa isu-isu bersifat nasional.
Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata masalah air di Kedah perlu menjadi keutamaan kepada kerajaan Kedah.
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
Sebaliknya, Chow mengingatkan Muhammad Sanusi agar terlebih dahulu menjaga negerinya yang masih banyak kawasan berdepan masalah bekalan air.
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi
Meskipun terdapat kekangan dan sekatan daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan melemahkan semangat PN mendekati pengundi.
MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."
PRK Sungai Bakap: PN umum calon 15 Jun - Sanusi
Perikatan Nasional akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 15 Jun depan.