JOHOR BAHRU: Seorang mekanik buntu dan kecewa apabila menerima ugutan along berpunca daripada pemilik lama rumah yang kini didudukinya di Taman Johor Jaya di sini meminjam dengan peminjam wang tanpa lesen itu.
Samuel Goh Shan Nan, 31, mendakwa, pemilik lama rumahnya menggunakan alamat rumah tersebut ketika berurusan dengan along sehingga dia menerima akibatnya.
Menurutnya, sudah dua kali menerima ugutan along dengan terbaharu pada Ahad apabila pagar dirantai dan dimangga dari luar rumah sebelum ditinggalkan nota tertera nama, kad pengenalan dan akaun bank milik tuan rumah lama.
"Semasa kejadian kedua itu saya berada dalam rumah, saya hanya perasan pagar dirantai dan dimangga dari luar selepas mahu keluar bekerja pada jam 11 pagi.
"Dengan bantuan jiran yang gergaji mangga serta rantai dapat saya keluar rumah. Kali pertama dulu saya juga pernah menerima nota berwarna kuning meminta bayaran hutang atas nama pemilik rumah yang lama dijelaskan pada tahun 2018.
"Malah pada 2018 juga, rumah saya pernah dilempar serpihan kaca di halaman rumah. Saya sudah dua kali membuat laporan polis iaitu pada Februari 2018 dan sekali lagi kelmarin berhubung perkara ini," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya di Taman Johor Jaya, di sini pada Selasa.
Shan Nan kini bimbang dengan keselamatan diri dan isterinya yang sedang hamil dua bulan.
Menurutnya, daripada nota yang ditinggalkan along itu, tuan rumah lama didapati meminjam wang dari along yang berbeza.
"Saya sudah beli rumah ini sejak 2016, dua tahun duduk di situ dapat nota pertama kali dari along. Selepas buat laporan polis dan menerangkan keadaan rumah ini bukan rumah peminjam kepada along, mereka senyap untuk tempoh empat tahun.
"Tetapi kelmarin, terjadi lagi kejadian sama. Saya sangat bimbang dengan keselamatan keluarga. Malah saya juga sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keselamatan," katanya.
Dia yang tidak pernah meminjam dengan along berharap, tuan rumah lama itu tidak lagi menggunakan alamat rumah tersebut dan keluarganya mahu hidup dengan tenang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 02 2022
Samuel Goh Shan Nan ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Jadi mangsa along gara-gara penghuni lama
Samuel mendakwa, pemilik lama rumahnya menggunakan alamat rumah tersebut ketika berurusan dengan along.