KLANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 61 pendatang tanpa izin dalam satu operasi di sebuah perkampungan haram di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Perindustrian Air Hitam di sini malam tadi.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebanyak 32 lelaki dan 29 perempuan warga Indonesia termasuk 18 kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam.
Beliau berkata hasil risikan mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak enam tahun lepas dengan menempatkan sebanyak 30 hingga 40 rumah yang dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.
"Warga asing ini dipercayai menggunakan bekalan elektrik dan air curi serta tandas yang mereka bina juga terus disalurkan ke dalam sungai. Keadaan kawasan petempatan di situ sangat kotor dan tidak layak untuk didiami, saya khuathir ia akan memberi ancaman kesihatan.
"Saya juga sempat melihat cara kehidupan mereka di sini, ada yang bercucuk tanam seperti cili, ubi dan pisang serta memelihara ayam kampung bagi menyara kehidupan. Kebanyakan warga asing ini bekerja sebagai tukang cuci di kawasan sekitar," katanya selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen di sini hari ini.
Beliau berkata ketika serbuan, lebih 30 penghuni dipercayai berjaya meloloskan diri dengan menyusuri muara sungai berdekatan.
Pemerhatian Bernama juga mendapati petempatan terbabit turut dilengkapi dengan surau, kedai runcit dan gelanggang badminton.
Khairul Dzaimee berkata serbuan itu dilakukan berdasarkan aduan daripada penduduk setempat yang mendakwa terdapat petempatan tersorok didiami warga asing di dalam kawasan ladang kelapa sawit.
"Hasil aduan, anggota saya menyamar dan menggunakan dron bagi melihat keseluruhan kawasan ini. Kami mendapati terdapat sebuah petempatan asing di sini," katanya.
Beliau berkata berdasarkan semakan pihaknya, kesemua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tujuh daripada mereka memiliki Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang dikeluarkan Kedutaan Indonesia untuk pulang ke negera mereka semasa musim pandemik COVID-19.
"Kesemua mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong," katanya.
Khairul Dzaimee berkata operasi itu melibatkan 195 anggota imigresen serta 10 pegawai Jabatan Pendaftaran dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
Jabatan Imigresen menahan 61 orang pendatang asing tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen di kawasan ladang kelapa sawit Taman Perindustrian Air Hitam, Sijangkang awal pagi tadi. --fotoBERNAMA
Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia
Kes positif mpox varian clade II dalam negara, adakah kita mengulangi kesilapan sama jika lambat bertindak? Adakah masyarakat cakna mengenai penjagaan kesihatan dan waspada dengan sebarang ancaman penyakit berjangkit?
Situasi paras sungai berhampiran Alor Setar
Jumlah sungai paras bahaya semakin bertambah dan keadaan banjir semakin memburuk di Kedah.
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
Penyelia restoran didenda RM40,000, mengaku rasuah pegawai Imigresen
Mengikut pertuduhan, Heng didakwa memberi suapan wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.
Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.
Tiga warga tempatan dalang utama sindiket ejen haram Imigresen ditahan
Dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang utama sindiket ejen haram antara lapan individu ditahan dalam operasi khas JIM.
Mangsa pemerdagangan manusia di Nepal pulang selepas 12 tahun
Seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Nepal kira-kira 12 tahun akhirnya kembali ke pangkuan keluarga pada Jumaat.
Sindiket bawa masuk warga asing: 11 individu direman SPRM
SPRM tahan reman 11 individu termasuk empat penguatkuasa yang berkhidmat di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa berkaitan sindiket bawa masuk warga asing secara tidak sah.
Sasar warga China, Thailand, sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen 'online' tumpas
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan.
Kemboja lancar kad e-Ketibaan untuk penumpang penerbangan bulan depan - PM
Kad e-Ketibaan digital ini akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam.
Imigresen serbu kondominium, tahan 38 PATI
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 pendatang tanpa izin terdiri 29 lelaki dan sembilan wanita dalam serbuan di dua blok kondominium di sini hari ini.