Jabatan Imigresen menggesa penunggang motosikal ke Singapura menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) supaya menjaga tingkah laku serta mematuhi peraturan ditetapkan.
Ini berikutan tindakan beberapa penunggang motosikal yang merempuh dan merosakkan lapan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) semalam hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di BSI.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata M-BIKE yang baru diperkenalkan pada 15 Feb lepas masih lagi asing kepada penunggang motosikal dan berharap mereka dapat bersabar.
"Kenapa kalau di Singapura, pengguna-pengguna ini boleh mematuhi undang-undang tetapi bertindak sebaliknya di dalam negara kita. Kalau di seberang sana, pengguna terpaksa mematikan enjin motosikal dan menolak kenderaan mereka, sesiapa yang membunyikan hon juga akan didenda.
"Kita mahu mendidik masyarakat terutamanya pengguna motosikal ini supaya mematuhi undang-undang kerana sistem M-BIKE adalah satu daripada cara kita melindungi kedaulatan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di KSAB, Gelang Patah, di sini hari ini.
Mustafar bagaimanapun, mengakui masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilihat Jabatan Imigresen dalam memastikan kelancaran di kedua-dua pintu masuk negara itu.
"Pagi tadi kami telah membuat tinjauan di kedua-dua pintu masuk bermula seawal 5 pagi dan mendapati memang sistem ini telah mengakibatkan kesesakan, namun, sistem sebelum ini pula mempunyai banyak ruang kelemahan sehingga berlakunya pembolosan.
"Satu daripada punca yang kita kenal pasti adalah kelewatan palang terbuka selepas pengguna selesai mengimbas pasport mereka. M-BIKE adalah jalan keluar untuk mengelakkan pembolosan daripada terus berlarutan, ini yang pengguna perlu faham," jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya sudah berhubung dengan pihak pembekal bagi menangani masalah berkenaan secepat mungkin.
Menurut Mustafar, Jabatan Imigresen sudah membuka maksimum semua kaunter laluan M-BIKE iaitu 50 kaunter masuk dan keluar di KSAB manakala 100 kaunter keluar masuk di BSI yang mampu menampung jumlah lebih 90,000 pengguna motosikal sehari.
"Dari segi jumlah kaunter yang dibuka, kita perlu melihat struktur bangunan dan buat masa ini, inilah jumlah kaunter yang mampu disediakan dan sekiranya ada penambahan ia akan bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh Jabatan Imigren," katanya.
Beliau turut memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna.
M-BIKE merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk menambah baik kawalan keselamatan di pintu masuk negara serta situasi trafik di BSI dan KSAB.
Pengguna motosikal disaran untuk mendaftar di Pusat Sehenti (OSC) yang beroperasi 24 jam setiap hari di BSI dan KSAB bagi memastikan mereka dapat menggunakan kemudahan berkenaan.
Syarat pendaftaran M-BIKE adalah ia percuma kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memiliki pasport Malaysia antarabangsa yang sah dengan tempoh laku minima enam bulan.
Pemeriksaan dokumen akan mengambil masa lapan hingga 10 saat sahaja bagi setiap individu membabitkan pemeriksaan biometrik (cap jari) dan imbasan pasport.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
M-BIKE yang baru diperkenalkan pada 15 Feb lepas masih lagi asing kepada penunggang motosikal dan berharap mereka dapat bersabar. - Gambar hiasan/Bernama
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.