Sebanyak lima kes melibatkan ketirisan RM1.76 bilion telah dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, laporan tersebut turut menyebut tujuh kes dikenal pasti membabitkan pembayaran tidak wajar atau ‘improper payment’ berjumlah RM38.73 juta, manakala enam kes dikategorikan sebagai ‘membazir’ membabitkan jumlah RM26.47 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, laporan berkenaan berdasarkan pada 19 projek yang diaudit.
Menurut beliau, antara sebab berlakunya masalah-masalah ini adalah disebabkan kelemahan perancangan projek, kelemahan aspek bayaran, pentadbiran kontrak yang tidak teratur, pembinaan tidak mengikut kualiti dan juga spesifikasi yang ditetapkan selain kelemahan pemantauan.
“Berikutan itu PAC Parlimen bersetuju untuk memanggil Jabatan Perdana Menteri untuk program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang membabitkan isu-isu subsidi gas cecair petroleum (LPG).
"Yang lain-lain akan dimaklumkan kemudian setelah PAC bermesyuarat untuk berbincang mengenai apa jenis prosiding yang akan kita lakukan selepas ini,” kata Noraini dalam sidang media di Parlimen pada Isni.
Turut sama dalam sidang media itu ialah Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
Selain itu, Noraini berkata, PAC juga akan memanggil kementerian yang bertanggungjawab terhadap kawalan pekerja asing, aktiviti kecemasan dan trauma, Sekolah Sukan Malaysia Perlis, hab pendidikan tinggi Pagoh dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Sementara jabatan dan kementerian-kementerian lain ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri.
Beliau turut memberitahu, kementerian dan jabatan yang terlibat akan dipanggil semula dalam satu mesyuarat prosiding seterusnya untuk menjelaskan progres projek-projek yang terlibat dalam satu tarikh yang akan ditetapkan dalam masa terdekat
Sementara itu, Nik Azman berkata, siasatan pihaknya mendapati secara keseluruhannya, isu-isu tersebut berlaku kerana ketidakpatuhan terhadap prosedur kewangan dan kerajaan.
“Peraturan sudah ada, tetapi tidak dipatuhi, juga berlaku kelemahan pentadbiran kontrak di mana kontrak itu kadang-kadang tidak menyebelahi kerajaan atau kepentingan kerajaan tidak diutamakan,” katanya lagi.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Jul 15 2019

Menurut Noraini, hasil pembentangan mendapati sebanyak 19 projek yang diaudit dan daripada jumlah itu enam daripadanya tercapai, lapan tidak tercapai sepenuhnya manakala empat projek lagi tidak mendapat input.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dewan Rakyat: 80 peratus graduan bakal dapat kerja menerusi Penjana KPT-CAP
Noraini berkata, program itu memanfaatkan 7,596 graduan dan sekurang-kurangnya 80 peratus atau 6,077 graduan akan mendapat penempatan pekerjaan.

PdP dalam talian: Bantuan data dan peranti bagi pelajar IPT - Dr Noraini
Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) memudahkan akses pelajar ke proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.

75,000 graduan terjejas peluang pekerjaan tahun ini
Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

KPT sasar 20,000 graduan manfaat Penjana KPT-CAP
Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 140 program disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.

COVID-19: Kemasukan ke IPTA di Kedah, Sarawak mungkin ditangguh
Kepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi awam di Kedah dan Sarawak pada Oktober, mungkin ditangguhkan.

790 pelajar IPT berlepas pulang ke kampung halaman pada Isnin malam - Noraini Ahmad
Seramai 790 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas pulang ke kampung halaman dari sembilan pusat pelepasan pada Isnin malam.

Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat bermula 1 Mei ini - Ismail Sabri
Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat ke Sabah dan Sarawak termasuk zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung akan bermula 1 Mei ini.

Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti mula pulang Isnin ini - KPT
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai Isnin ini.

128 buah IPT terima bekalan makanan sepanjang PKP, sumbangan kekal konsisten
Bantuan bekalan makanan kering tambahan tersebut mula diedar ke Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.

PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.