Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan tidak terlibat dan mengetahui dalam sebarang kelulusan kawasan pembalakan dan penerokaan tanah di Kelantan.
Pengarah JAS Kelantan, Hamzah Mohamed berkata, ini kerana Jabatan Alam Sekitar tidak dipanggil dan bukan sebagai Ahli dalam Jawatankuasa Kecil Perhutanan Kelantan yang terlibat dalam soal kelulusan kawasan dan pemberian konsesi pembalakkkan di seluruh Kelantan.
Beliau turut menegaskan, jabatannya hanya akan menjalankan pemantauan ke atas penerokaan tanah dan pembukaan kawasan yang mendapat kelulusan laporan kesan Alam Sekitar (EIA).
Katanya, pihaknya mempunyai pasukan pemantauan di Gua Musang yang menjalankan pemantauan setiap masa serta menghantar laporan secara berkala.
“Tidak benar sekiranya mendakwa JAS gagal menjalankan pemantauan ke atas kawasan yang mengemukakan laporan EIA, kerana pihak kami mempunyai pasukan pemantau khas yang menjalankan kerja kerja pemantauan," katanya.
Isnin lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Jabatan Alam Sekitar gagal menjalankan kerja pemantauan kesan alam sekitar di kawasan penempatan Orang Asli selepas Kerajaan Persekutuan bertindak mengemukakan prosiding mahkamah mewakili masyarakat orang asli terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.
Peguam Negara, Tommy Thomas dilaporkan berkata, hal itu susulan kerajaan negeri dan beberapa agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta.
Beliau menjelaskan, syarikat terlibat telah memasuki tanah adat orang asli Temiar di Pos Simpor menggunakan jentera berat dan menebang hutan serta membawa keluar kayu balak.
Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber mereka sekali gus menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap hutan.
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, menetapkan 14 April depan untuk perbicaraan permohonan injunksi kes saman kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri bagi menghalang lima syarikat kontraktor pembalakan daripada memasuki kawasan yang didakwa tanah adat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan.
Ia susulan saman yang difailkan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan Kelantan dan tujuh lagi untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat bagi suku Temiar di kawasan tersebut.
Kerajaan Persekutuan menfailkan defendan pertama hingga kelima melibatkan kerajaan negeri Kelantan, pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Selain itu lima lagi defendan melibatkan Fleet Precision Sdn Bhd, Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Berhad, KPG Maju Enterprise Sdn Bhd, Ringgit Saksama (M) Sdn Bhd dan M7 Plantation Berhad sebagai defendan keempat hingga kelapan.
Menurut Hamzah lagi, dalam rekod jabatan hanya satu syarikat, Fleet Precision Sdn Bhd mengemukakan laporan EIA, kepada Jabatan Alam Sekitar Kelantan untuk aktiviti perladangan mereka.
“Bagi kawasan tak ada EIA, JAS tak ada kuasa, kawasan yang ada kelulusan hanya Fleet Precision Sdn Bhd dan berdasarkan pemantauan kita tapak fleet tu dah siap tanam bermakna siap ditanam dan dia tidak ada pencemaran” katanya
Beliau memaklumkan Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai rekod dan maklumat berhubung empat lagi syarikat yang namanya turut disebut sebagai defendan dalam prosiding mahkamah itu.
“Jadi kita tak tahu samada empat lagi syarikat itu pernah dirujuk untuk mengemukakan laporan EIA atau tidak, atau syarikat berkenaan telah bertukar nama dan sebagainya kerana kita tak ada rekod tentang syarikat berkenaan” katanya.
“Jabatan Alam Sekitar telah menguatkuasakan Perintah EIA, pada 2015 di mana sebarang pembukaan dan penerokaan kawasan hutan memerlukan laporan EIA mengikut peruntukkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas kawasan dengan keluasan melebihi 100 ekar” katanya ketika ditemui di sini pada khamis.
Namun katanya sebelum tahun 2015, pematuhan Perintah EIA tidak dikuatkuasakan yang mana sebarang pembukaan kawasan dan penerokaan tanah tidak memerlukan laporan kesan alam sekitar
Vivi Sumanti
Thu Jan 24 2019
![Jabatan Alam Sekitar tidak terlibat beri kelulusan ladang hutan di Kelantan Jabatan Alam Sekitar tidak terlibat beri kelulusan ladang hutan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508118266_TBhutan.jpg)
JAS hanya akan menjalankan pemantauan ke atas penerokaan tanah dan pembukaan kawasan yang mendapat kelulusan laporan kesan Alam Sekitar (EIA). - Gambar hiasan
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711707955_tbAnthonyLoke.jpg)
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
![Projek PSI: Kerajaan sedia dengar keluhan, bantahan nelayan - PM Anwar Projek PSI: Kerajaan sedia dengar keluhan, bantahan nelayan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682669183_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Projek PSI: Kerajaan sedia dengar keluhan, bantahan nelayan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada nelayan tempatan berhubung projek Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).
![Pemaju perlu dapat kelulusan EIA sebelum tebang Hutan Simpan - Saarani Pemaju perlu dapat kelulusan EIA sebelum tebang Hutan Simpan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672200079_JabatanPerhutananS.jpg)
Pemaju perlu dapat kelulusan EIA sebelum tebang Hutan Simpan - Saarani
Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek sahaja namun sebarang projek perlu mendapat kelulusan EIA kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan.
![Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656967651_TBbanjir.jpg)
Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing
Kerajaan dicadang melakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing di peringkat kebangsaan bagi mengelak kejadian banjir Baling berulang.
![Banjir Baling: Kelulusan EIA dipohon untuk penanaman hutan kayu getah gantian Banjir Baling: Kelulusan EIA dipohon untuk penanaman hutan kayu getah gantian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657375205_TBBALINGBANJIR.jpg)
Banjir Baling: Kelulusan EIA dipohon untuk penanaman hutan kayu getah gantian
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kelulusan EIA itu dipohon pada peringkat awal projek berkenaan.
![Banjir Baling: Projek ladang durian di Gunung Inas, 'mungkin' tidak laksana EIA - MB Kedah Banjir Baling: Projek ladang durian di Gunung Inas, 'mungkin' tidak laksana EIA - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657104457_MBKedahMuhammadS.jpg)
Banjir Baling: Projek ladang durian di Gunung Inas, 'mungkin' tidak laksana EIA - MB Kedah
Muhammad Sanusi persoal bagaimana kelulusan diberikan pada projek tanaman durian di Gunung Inas.
![Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling di Perak masih tidak boleh dibanggakan - Pengarah JAS Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling di Perak masih tidak boleh dibanggakan - Pengarah JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637055923_engerusiJawatankuas.jpg)
Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling di Perak masih tidak boleh dibanggakan - Pengarah JAS
Sejak 2020, hanya 76 daripada 136 kilang kuari yang mempunyai kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk beroperasi.
![Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631109137_zairilkhirjohari.jpg)
Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman
Kerajaan negeri mengambil maklum keputusan Lembaga Rayuan tersebut yang dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
![Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631097387_Projektambaklaut.jpg)
Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang
Keputusan yang dibuat hari ini sekali gus menyebabkan kelulusan EIA yang diperoleh pada 25 Jun 2019 terbatal dan tidak lagi sah.
![JAS belum terima laporan EIA cadangan pembangunan HSK Sungai Panjang di Selangor JAS belum terima laporan EIA cadangan pembangunan HSK Sungai Panjang di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620061492_DatukSeriTuanIbra.jpg)
JAS belum terima laporan EIA cadangan pembangunan HSK Sungai Panjang di Selangor
JAS belum menerima EIA daripada kerajaan Selangor berhubung cadangan pembangunan di HSK Sungai Panjang di Sabak Bernam.