Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan penularan beberapa rakaman audio yang dikatakan suara beliau mengkritik timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam rakaman audio itu yang tersebar di aplikasi Whatsapp hari ini.
"Cara jawab tidak betul...suara saya...saya tidak guna bahasa-bahasa kesat, barua bukan bahasa saya, jangan terpengaruh dengan fitnah," katanya kepada pemberita selepas program ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, di sini malam ini.
BACA: Saya tidak campuri urusan PKR - Dr Mahathir
BACA: Azmin atau Rafizi? Ini suara sebenar Anwar
BACA: Suara mirip Anwar: "Itu bukan suami saya" - Wan Azizah
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas penularan rakaman audio itu yang dikatakan mirip suaranya mengkritik Mohamed Azmin dan Dr Mahathir berkenaan pelantikan anggota lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), baru-baru ini.
Antara intipati rakaman itu ialah suara seorang individu didakwa Anwar yang mengakui mengarahkan Mohd Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bulan ini, kerana mendakwa Mohamed Azmin sudah menjadi 'barua' (orang suruhan) Dr Mahathir.
Jelas Anwar, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung Khazanah kecuali berkenaan PRK DUN Sungai Kandis.
Menurut beliau, mana-mana pihak tidak bodoh untuk mempercayai penularan rakaman audio itu yang disifatkan sebagai satu perbuatan tidak sihat.
"Saya tidak memberi sebarang ucapan selepas Khazanah (lembaga pengarah) diumumkan kecuali di Sungai Kandis. Tiada ucapan, sebelum itu saya berada di Turki.
"Saya tidak fikir kita cukup bodoh untuk mudah tertipu tetapi kita hanya perlu menafikan kerana ia tidak benar...tiada asas dalam itu. Saya dengar juga (rakaman audio)...garang-garang saya, istilah barua tidak pernah pakai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam rakaman audio itu yang tersebar di aplikasi Whatsapp hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.