JAKARTA: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam berkongsi maklumat dengan persatuan wartawan di Malaysia bagi merealisasikan hasrat penubuhan Majlis Media Malaysia.
Presiden ISWAMI Indonesia Asro Kamal Rokan berkata penubuhan majlis itu adalah penting bagi memastikan hak kebajikan wartawan dan kualiti berita yang dihasilkan berada pada tahap terbaik, selain menjamin hak kebebasan media.
"Soal kebebasan media ini, sebarang tindakan (seperti saman, ditahan polis) tidak boleh diambil secara terus kepada wartawan tanpa melalui Dewan Pers (Majlis Media) bagi membincangkan dan menilai sesuatu isu. Ini kerana dewan ini terbentuk berdasarkan undang-undang.
"Inilah yang kita inginkan rakan media di Malaysia melaksanakan perkara yang sama. Malah, kita juga pernah bicara mengenai perkara ini dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan HAWANA (Hari Wartawan Nasional) sebelum ini," katanya selepas Majlis Makan Malam ISWAMI bersama 15 wartawan Malaysia pada Program Jejak Serumpun, dekat sini malam tadi.
Majlis itu turut dihadiri barisan pimpinan media Indonesia serta agensi-agensi penting antaranya Menteri Kedutaan, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Hairul Reza Haroun Al Rashid, Ketua Pengarang The Jakarta Post Taufiq Rahman, Ketua Umum Persatuan Wartawan Indonesia Pusat Hendry Ch Bangun dan Ketua Pengarang Kumparan Arifin Asydhad.
Dalam sesi pertemuan hampir dua jam itu, delegasi wartawan Malaysia juga didedahkan dengan pelbagai topik berhubung dunia kewartawanan membabitkan kedua-dua negara khususnya mengenai sejarah ISWAMI, landskap politik Indonesia sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 bagi Pemilihan Presiden (PILPRES) dan anggota legislatif.
Selain itu, perkongsian pengalaman mengenai hubungan akrab menteri-menteri Malaysia dengan media Indonesia seperti Tan Sri Mohamed Rahmat pada era 80-an dan 90-an turut diadakan termasuk sesi perbincangan berhubung cabaran dan perkembangan terkini yang dihadapi oleh industri media.
Berhubung Program Jejak Serumpun ISWAMI, Asro berkata penglibatan wartawan muda dalam siri lawatan pada kali ini dilihat penting bagi meremajakan forum kewartawanan Malaysia-Indonesia sekali gus memupuk inovasi, keterangkuman dan kemampanan dalam memajukan institusi kewartawanan yang sentiasa berevolusi.
"Alhamdulillah sekarang generasi wartawan muda hadir untuk melihat sendiri PILPRES dan Hari Pers Nasional (HPN) 2024, ini perlu diteruskan. Jika ISWAMI didirikan oleh pimpinan media 'senior' dari Indonesia dan Malaysia, maka sememangnya forum ini harus terus diremajakan, direjuvinasi," katanya.
Semalam, seramai 15 wartawan dari pelbagai agensi berita berlepas ke Jakarta, Indonesia sempena Program Jejak Serumpun ISWAMI Malaysia yang berlangsung sehingga 21 Feb ini.
ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia, berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

Presiden ISWAMI Indonesia Asro Kamal Rokan mengadakan pertemuan bersama delegasi media dari Malaysia selepas Majlis Makan Malam ISWAMI pada Program Jejak Serumpun di sebuah hotel semalam. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ISWAMI Indonesia sedia kongsi maklumat, realisasi penubuhan Majlis Media Malaysia
ISWAMI Indonesia bersedia untuk bekerjasama bagi merealisasikan hasrat penubuhan Majlis Media Malaysia.