Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyifatkan isu yang dibawa Dr Mahathir dalam beberapa siri ceramah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, bukan perkara yang baharu.
“Saya rasa dia (Dr Mahathir) akan buat apa sahaja untuk PM hilang kuasa dan apa yang dia katakan bukanlah sesuatu yang baharu.
“Masa dia di Sungai Besar pun sama, datang Kuala hari tu pun sama, pagi ini isunya (pun) sama… jadi bagi saya ia bukan faktor,” katanya kepada pemberita.
Hishammuddin pada masa sama turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Dr Mahathir yang dilihat bersama-sama pembangkang dalam kempen pilihan raya kali ini.
Dalam beberapa siri ceramah, Dr Mahathir menyifatkan kononnya Najib sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau kekal sebagai Perdana Menteri.
Justeru katanya, pengundi perlu bijak dalam memilih calon serta yang mampu membawa pembangunan.
Katanya, pembangkang hanya mencanang isu retorik yang tidak memberi kesan kepada penduduk setempat.
“Pilihlah wakil rakyat yang terbaik, pilihlah mereka yang dikenali, pilihlah mereka yang nampak jujur, ikhlas dan berpegang kepada perjuangan yang lebih besar daripada hanya hendak menangkan pilihan raya kecil di Kuala ni.
“Ramai yang datang masa pilihan raya ni semata-mata kerana ada pilihan raya kecil dan kadang-kala isu yang dibangkitkan, orang Kuala tak pernah dengar pun, sekarang sahaja baru dengar,” kata Hishammuddin.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program gotong royong, Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia di Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar pada Khamis.
Sebanyak 10 rumah ibu tunggal dibaik pulih oleh ATM selain Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 16 2016
HISHAMMUDDIN: Saya rasa dia (Dr Mahathir) akan buat apa sahaja untuk PM hilang kuasa dan apa yang dia katakan bukanlah sesuatu yang baharu. - Foto Astro AWANI
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).