KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi Prosiding Tukaran Tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF), semalam.
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini memaklumkan Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC, iaitu beliau mempunyai kaitan dalam projek pembinaan Kem Paloh di Kluang bermula 2016 dengan kaedah tukaran tanah.
"Dalam prosiding yang diadakan di Pejabat Daerah Kluang, Johor, Datuk Onn Hafiz hadir atas kapasiti sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018, dan siasatan PAC adalah menjurus kepada peranan yang dimainkan beliau dalam cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang mulai tahun 2016," menurut kenyataan itu.
Wong memaklumkan Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MINDEF Datuk Dr Shahrazat Ahmad turut hadir memberikan keterangan di hadapan PAC dalam prosiding yang berlangsung selama dua jam, bermula pada 4 petang.
Beliau berkata saksi-saksi yang telah dipanggil jawatankuasa itu sebelum ini bagi isu berkenaan adalah Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang pada 16 Nov 2020; Muez pada 30 Nov 2020 dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Dis 2021.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua keterangan saksi dan seterusnya memuktamadkan laporan bagi prosiding berkenaan.
Projek tukaran tanah dan pembinaan baharu ini, yang bermula pada 2012 asalnya, melibatkan tukaran tanah kem asal iaitu Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan dan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Namun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan telah ditukar menjadi cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang.
Wong berkata sebelum prosiding bermula, PAC pada sebelah pagi melawat Kem Paloh seluas kira-kira 26.31 hektar bagi meninjau perkembangan pembinaan kem berkenaan yang dibangunkan bagi menempatkan Markas 33 Rejimen Artileri Diraja (33 RAD) dan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan JKSTUPKK kepada PAC. - Bernama
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.
MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.