Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof membangkitkan kesukaran yang dihadapi dalam pembinaan atau menaik taraf projek berbilion ringgit, Lebuhraya Pan Borneo.
Beliau berkata penduduk yang mendakwa mempunyai hak tanah adat ke atas tanah yang diperuntukkan untuk sebahagian daripada projek lebuh raya itu, tidak mahu menyerahkan hartanah mereka.
"Kami bercakap terutamanya mengenai tanah yang tidak mempunyai hak milik yang penduduk ini dakwa sebagai hak tanah adat. Rekod yang terdapat di Jabatan Tanah dan Survei menyatakan sebaliknya. Tanah ini sebenarnya sama ada rizab jalan atau tanah kerajaan negeri," katanya di sini malam tadi.
Fadillah berkata mereka sepatutnya membenarkan tanah itu digunakan untuk projek 'yang sangat penting' ini yang akan memberi manfaat kepada majoriti besar penduduk kerana menyimpan tanah tersebut untuk kegunaan mereka sendiri akan menjejaskan kejayaan untuk menyudahkan projek lebuh raya berkenaan.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak berhubung kemajuan keseluruhan projek lebuh raya bernilai RM16.5 bilion itu.
"Kami mempunyai peruntukan iaitu kami boleh membayar ex gratia kepada mereka. Tetapi kadang-kadang apabila kami bayar, mereka terima tetapi masih enggan berpindah. Ini adalah masalah besar bagi kami," katanya.
Fadillah berkata semua pihak harus munasabah dan berusaha untuk mencapai penyelesaian bagi membolehkan projek itu tidak tertangguh.
Beliau berkata adalah lebih mudah untuk mendapatkan tanah yang memiliki geran tanah kerana berdasarkan undang-undang, pemiliknya akan dibayar pampasan berdasarkan penilaian rasmi.
Beliau juga berkata cabaran lain adalah untuk mengalihkan kemudahan utiliti agar tidak mengganggu bekalan elektrik, telekomunikasi atau bekalan air untuk kegunaan orang awam.
"Pemindahan utiliti ini harus mengikut jajaran dan penyusunan semula. Ia agak mahal dan perlu ketelitian. Kami memerlukan pakar untuk melakukannya. Kami bekerjasama dengan syarikat utiliti bagi memastikan ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.
Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata di bawah penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada Sarawak, kerajaan negeri akan memainkan peranan utama dalam melaksana dan memantau pembinaan lebuh raya itu.
Juga terdapat banyak peluang bagi syarikat bumiputera Sarawak yang mempunyai nilai bersih sebanyak RM6 juta untuk menjalankan kerja-kerja seperti memasang papan tanda dan lain-lain lagi.
Bernama
Fri Feb 05 2016
Fadillah berkata, mereka sepatutnya membenarkan tanah itu digunakan untuk projek 'yang sangat penting' ini yang akan memberi manfaat kepada majoriti besar penduduk. - Gambar fail
Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan
Motosikal mangsa musnah 90 peratus akibat perlanggaran.
Tiada kenaikan harga LPG Petros di Sarawak
Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petros di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.
Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Isu tanah adat sekat kelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo
Penduduk yang mendakwa mempunyai hak tanah adat ke atas tanah yang diperuntukkan untuk sebahagian daripada projek lebuh raya itu, tidak mahu menyerahkan hartanah mereka.