Percanggahan laporan berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji antara firma Ernst & Young (EY) dan PricewatercooperHouse (PwC) memerlukan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan secepat mungkin, kata Menteri Kewangan Bayangan, Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, suruhanjaya itu amat diperlukan memandangkan isu yang melibatkan kewangan Tabung Haji merupakan satu perkara sensitif, khususnya dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Ada dua laporan audit yang bercanggah. Satu yang disediakan oleh EY dan disahkan Jabatan Audit Negara yang diguna oleh pengurusan lama. Satu lagi yang disediakan oleh PwC yang dilantik oleh Tabung Haji selepas 9 Mei.
“Ada tuduhan bahawa laporan EY tidak tepat dan menggunakan creative accounting supaya dapat dibayar dividen. Padahal laporan PwC sebut kedudukan kewangan sebenar tidak mampu untuk membayar dividen,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.
Kenyataan Khairy juga selari dengan saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar diwujudkan RCI secepat mungkin.
“Hanya dengan cara ini dapat kita bertemu kepastian dan kebenaran yang semakin tenggelam dalam kebisingan suara tuduhan di media sosial akibat pendedahan ini.
“Siasatan boleh mengambil kira semua fakta termasuk amaran yang dikeluarkan oleh BNM beberapa tahun dahulu. Saya harap kita dapat merujuk perkara ini kepada siasatan bebas yang boleh melapor semula ke Parlimen dalam tempoh tiga bulan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Dec 11 2018
PENUBUHAN RCI, kata Khairy, dapat mencari kepastian dan kebenaran isu Tabung Haji yang semakin tenggelam dalam kebisingan suara tuduhan di media sosial.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.
Perkembangan banjir di Johor
Perkongsian secara langsung dari Kota Tinggi oleh wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar mnegenai perkembangan banjir yang semakin buruk di negeri itu.
UM tutup dua premis 24 jam didakwa jual sandwic diragui halal
Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.
Penggunaan kod QR diperluas ke seluruh lapangan terbang negara ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keutamaan akan diberikan kepada lapangan terbang antarabangsa seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi.
“Saya fikir dan dengar semua pandangan” - PM
Perdana Menteri berkata beliau mengambil pertimbangan pandangan untuk setiap projek #AWANInews
Beri tumpuan projek utama yang ganggu keselesaan dan keselamatan rakyat - Anwar
Perdana Menteri menyeru seluruh kementerian dan kakitangan kerajaan untuk memberi tumpuan pada projek utama.
“Jika kita terpaksa potong peruntukan-peruntukan lain termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita akan lakukan untuk menumpukan projek utama yang mendesak dan menganggu keselesaan dan keselamatan rakyat” Katanya #AWANInews
“Jika kita terpaksa potong peruntukan-peruntukan lain termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita akan lakukan untuk menumpukan projek utama yang mendesak dan menganggu keselesaan dan keselamatan rakyat” Katanya #AWANInews
“Kadang-kadnag pelaksanaan itu lembab” - PM
Perdana Menteri bertegas Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek yang diluluskan dengan pantas.
“Kita kalau betul tidak boleh memenuhi syarat ambil tindakan awal, jangan tunggu sampai habis tempoh”Katanya
#AWANInews
“Kita kalau betul tidak boleh memenuhi syarat ambil tindakan awal, jangan tunggu sampai habis tempoh”Katanya
#AWANInews
Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.
“Pulau Pinang dikenali sebagai negeri membasmi kemiskinan” - PM
Perdana Menteri menyatakan hasrat mahukan Pulau Pinang dikenali sebagai negeri yang membasmi kemiskinan, memberi jaminan perumahan rakyat pada majoriti rakyat dan memberi peluan perniagaan kepada peniaga kecil. #AWANInews
4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Abdul Azeez dapat kelulusan ke luar negara ketuai misi kemanusiaan - Imigresen
Abdul Azeez berlepas ke Jordan malam ini bagi misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.
Isu Tabung Haji: Segerakan penubuhan RCI - Khairy
Siasatan boleh mengambil kira semua fakta, termasuk amaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia beberapa tahun dahulu.
1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.