PERMATANG PAUH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu menghentikan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Bakap berikutan masalah kekurangan dana.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara berkenaan masih dalam rundingan dengan pelbagai pihak selain perlu mengambil kira beberapa aspek penting sebelum keputusan akhir dibuat.
"Saya fikir dari hari ke hari perbincangan sentiasa dilakukan, minggu lepas saya dah jumpa dengan guru besar dan wakil sekolah untuk berbincang dan hari ini akan ada lagi perbincangan.
"Perbincangan masih diteruskan, tiada isu bahawa ada sebarang keputusan muktamad telah dibuat dan tiada lagi proses rundingan tetapi untuk pendidikan anak-anak ini (rundingan) kita sentiasa buka seluas-luasnya, jadi jangan risau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Smart School yang dianjurkan Yayasan AEON dengan kerjasama Yayaysan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, di sini pada Ahad.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, antara aspek yang perlu diambil kira seperti kepentingan, perkembangan dan isu-isu berkait rapat dengan pendidikan di kawasan sekitar sekolah berkenaan.
Jelasnya, surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sebelum ini hanyalah satu pandangan dan proses biasa namun rundingan dan alternatif lain sedang diusahakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah terbabit.
Sebelum ini media melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk menghentikan pembinaan SJK(T) Sungai Bakap baharu.
Beliau berkata, projek itu tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM3.5 juta dan memperuntukkan tanah 4 ekar pada 2015 untuk pembinaan bangunan baru sekolah ini.
"Sekiranya, Kerajaan Persekutuan tidak dapat membantu dalam memberi peruntukkan tambahan kepada pihak sekolah kerana kekurangan peruntukkan, mereka boleh menyerah tanggungjawab mengumpul dana awam kepada pihak sekolah sendiri," katanya sebelum ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 26 2023

Fadhlina berkata, perkara berkenaan masih dalam rundingan dengan pelbagai pihak selain perlu mengambil kira beberapa aspek penting sebelum keputusan akhir dibuat. - Fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.

Isu SJKT Sungai Bakap: KPM belum buat keputusan muktamad
KPM belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu menghentikan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu di SJKT Sungai Bakap berikutan masalah kekurangan dana.