KUALA LUMPUR: Malaysia berharap Denmark dapat mengambil tindakan terhadap kumpulan anti-Islam dan ultranasionalis Denmark yang meningkatkan serangannya terhadap al-Quran pada Isnin, meskipun mendapat kecaman meluas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang mengulangi pendirian kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sedemikian berkata Malaysia akan meneruskan usaha menerangkan kesucian agama Islam kepada dunia.
"Ada antara mereka menggunakan alasan hak kebebasan bersuara, tetapi dalam kebebasan itu perlu ada hadnya. Kita mengharapkan ada tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang melakukan perkara terkutuk ini," katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media berhubung tindakan anggota Danske Patrioter (Patriot Denmark) membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye, Algeria, Pakistan, Iran dan Indonesia di Copenhagen.
Mohd Na'im berkata pihaknya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) telah mengambil langkah membalas tindakan terkutuk itu melalui penerbitan sejuta naskah al-Quran untuk diagihkan kepada masyarakat di seluruh dunia termasuk dalam bahasa Sweden dan Denmark.
Menurutnya 2,000 naskah al-Quran telah diserahkan kepada kerajaan Kemboja ketika lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mac lepas.
"Pada masa sama RM1.8 juta berjaya dikumpul dari sumbangan orang ramai untuk menerbitkan al-Quran dalam pelbagai bahasa dan akan diagihkan ke seluruh dunia," katanya.
Mengulas mengenai MTHQA ke-63, Mohd Na'im berkata 76 peserta dari 52 negara akan menyertai pertandingan itu yang akan diadakan selama enam hari bermula 19 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Beliau berkata 36 peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 12 perempuan dari 27 buah negara menyertai tilawah manakala peserta hafazan seramai 40 orang (27 lelaki dan 13 perempuan) dari 30 buah negara.
"Malaysia menghantar empat peserta iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan Qari Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan dan Nor Hidayah Abd Rahman (Terengganu) sementara hafazan pula diwakili Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan (Johor) dan Dian Karisma Mohd Japar (Sabah)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang mengulangi pendirian kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sedemikian berkata Malaysia akan meneruskan usaha menerangkan kesucian agama Islam kepada dunia. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Belanjawan 2023: Dana RM10 juta untuk Yayasan Restu edar cetakan naskhah al-Quran
Dana sebanyak RM 10 juta akan disalurkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20 ribu naskah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

Bakar al-Quran: Bukti negara barat gagal pelihara demokrasi - Penganalisis
Insiden pembakaran al-Quran di Sweden membuktikan negara barat gagal memelihara demokrasi.

Pendayaupayaan sosial belia semasa pandemik COVID-19
Usaha pengukuhan aset dalaman sepanjang PKPB penting sebagai persediaan golongan belia untuk membina aset luaran.

13 qari terbaik dunia berkumpul di Bangi perdengar bacaan Al-Quran
Ia adalah julung kali diadakan dan bukan suatu yang mudah untuk mempertemu dan mengumpulkan qari-qari hebat dalam satu acara dan satu malam bagi memperdengarkan bacaan mereka.

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun
Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun.

"Bayangkan 9 kali berat badan menekan dada" - Sheikh Muszaphar
Oktober bukan saja dianggap pesta hantu bagi masyarakat Barat tapi ia suatu yang istimewa kepada angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
.jpg)
Surah Yusuf rahsia awet muda Nassier Wahab
Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Ramadan seharusnya memadam api ketaksuban politik pasca PRU
Ketibaan bulan Ramadan sejurus selepas Malaysia melalui detik pilihan raya paling gempar, tentunya membawa rahmat tersendiri.