Menteri Luar Malaysia dan India, Datuk Saifuddin Abdullah dan S. Jaishankar dilaporkan mengadakan pertemuan di sini pada malam Rabu bagi membincangkan beberapa isu berbangkit.
Pertemuan di luar Mesyuarat peringkat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 itu dimaklumkan menerusi kemaskini di media sosial Wisma Putra.
"Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan pertemuan dua hala dengan S. Jaishankar, Menteri Hal Ehwal Luar India, di luar Sidang Kemuncak Ke-18 #NAM pada 23 Oktober 2019," demikian tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu, Saifuddin tiba di Baku dan mengadakan sidang media bersama delegasi media Malaysia bagi memaklumkan mengenai pengesahan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sidang Kemuncak ke-18, di sini.
Sementara itu, S. Jaishankar dalam kemaskini di laman Twitter berkata, "Berbual secara terang dan terbuka dengan rakan sejawat dari Malaysia @saifuddinabd berkaitan isu-isu berbangkit."
Bagaimanapun, fokus perbincangan kedua-dua menteri itu tidak dimaklumkan dengan lebih terperinci, namun ia dijangka berkaitan isu minyak sawit melibat Malaysia dan India.
Beberapa laporan sebelum ini memaklumkan India sedang mempertimbangkan untuk menyekat import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit selepas Malaysia mengkritik India kerana tindakannya di Kashmir.
Bagaimanapun, kerajaan India belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai gesaan tersebut.
Untuk rekod, India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setiap tahun, terutamanya dari Indonesia dan Malaysia.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 24 2019
Datuk Saifuddin Abdullah dan S. Jaishankar (kiri) dilaporkan mengadakan pertemuan di sini pada malam Rabu bagi membincangkan beberapa isu berbangkit. - Foto Twitter/@DrSJaishankar
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Iran tarik balik sekatan aplikasi media sosial
Pihak berkuasa Iran telah menarik balik larangan ke atas aplikasi Meta, WhatsApp, dan Google Play sebagai langkah pertama mengurangkan sekatan internet di negara itu.
Konflik Azerbaijan-Armenia: Sekurang-kurangnya 32 maut di Nagorno-Karabakh
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala lebih 200 cedera dalam peningkatan konflik yang berterusan di Nagorno-Karabakh.
Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16
Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan menerusi penyudahnya dari jarak 20 ela pada minit keenam.
Euro 2020: Bale tebus kesilapan, bantu Wales benam Turki
Bale, yang menghulurkan umpanan gemilang untuk disudahkan Aaron Ramsey pada mini ke-42, gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas sejam permainan.
Malaysia mahu tingkat hubungan pelancongan dengan Azerbaijan
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan sektor pelancongan dengan Azerbaijan
Presiden Azerbaijan puji ucaptama Dr Mahathir di Sidang NAM
Presiden Azerbaijan menzahirkan ucapan terima kasih dan memuji ucaptama Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, pada Jumaat
Dr Mahathir berpeluang rasai kesegaran buah tomato Azerbaijan
Dr Mahathir Mohamad berpeluang melawat dan merasai keenakan buah tomato - yang ditanam dengan sistem berteknologi di Green Tech Farm, Baku, pada Sabtu.
NAM: Dr Mahathir tiba di Pusat Kongres Baku
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Kongres Baku kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan (2.15 petang waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18
Ungkapan Dr Mahathir 16 tahun lalu bergema sekali lagi
Pemimpin berusia 94 tahun ini akan muncul sekali lagi di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), kali ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Penerbangan Tun Mahathir ke Azerbaijan alami kelewatan
Penerbangan yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke Baku dilaporkan mengalami sedikit kelewatan.
Isu sekat import sawit? Menteri Luar Malaysia, India adakan pertemuan di Azerbaijan
Menteri Luar Malaysia dan India, Datuk Saifuddin Abdullah dan S. Jaishankar dilaporkan mengadakan pertemuan di sini pada malam Rabu bagi membincangkan beberapa isu berbangkit.