SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna.
Menteri berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, walaupun Telegram merupakan medium komunikasi yang digunakan ramai, termasuk Majlis Keselamatan Negara, bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam.
"Telegram ini memang kita lihat agak bermasalah, macam-macam maklumat ada dimasukkan di situ dan aktiviti penipu juga banyak tetapi pada masa yang sama, kita tahu ia adalah satu saluran untuk sampaikan maklumat kepada khalayak awam contohnya oleh MKN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, justeru, perkara itu perlu diteliti dan pihaknya akan memanggil pihak Telegram bagi berbincang untuk membantu usaha pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang sedia ada.
"Ia bukan hanya terhadap penipu tetapi juga sekiranya ada sebarang bahan lucah dan ekstremisme di Telegram contohnya, perkara ini perlu dibendung dan akan dibendung pada kadar segera," katanya.
Fahmi berkata, beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius serta perlu ditangani segera dan berharap Telegram dapat memberi kerjasama kepada KKD seperti penyedia perkhidmatan lain sebelum ini.
"Saya percaya para pegawai kementerian telah menghubungi mereka dan saya sedang menunggu maklum balas tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata, isu penipuan adalah sesuatu yang merisaukan apatah lagi kes kecurian identiti membabitkan platform itu yang turut melibatkan mangsa termasuk beberapa bekas menteri dan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Kalau mantan Perdana Menteri pun pernah jadi mangsa kepada penipu melalui Telegram apatah lagi rakyat biasa, jadi saya lihat isu ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera dan saya akan usahakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Fahmi berkata, beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius serta perlu ditangani segera dan berharap Telegram dapat memberi kerjasama kepada KKD. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tugas lindungi keselamatan awam tanggungjawab bersama - Hazani
Orang ramai perlu mempunyai sikap 'jaga tepi kain orang' dan cakna terhadap keadaan sekeliling dalam hal berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.
China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.
Isu scammer dan keselamatan awam, KKD akan panggil Telegram
Katanya, walaupun Telegram medium komunikasi yang digunakan ramai, kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam.
Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.
Aktivis alam sekitar Indonesia kritik pemerintah tidak serius tangani kebakaran hutan
Khalisah Khalid mendakwa, 10 syarikat yang didapati bersalah dalam kebakaran hutan pada 2012 hingga 2015 juga belum dikenakan tindakan.
TPM lancar Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN)
Matlamat DKDN adalah untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman dan berupaya mempertahankan kepentingan nasional.