KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 15 Mei 2023 menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 16 Mei 2023 menjelaskan keputusan kerajaan menarik balik rayuan itu disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dan kabinet pada tahun 1986.
Keputusan kerajaan itu menimbulkan tanda tanya khususnya dalam kalangan parti pembangkang dan spekulasi bahawa ia dipengaruhi pihak tertentu.
Apa yang berlaku sebenarnya? Berikut fakta kes dan kronologi isu ini untuk memudahkan pemahaman anda:
- Pada 19 Mei 1986, keputusan dasar kabinet ketika itu membenarkan penganut Kristian di Malaysia menggunakan kalimah “Allah” secara bersyarat.
- Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan memo Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Ghafar Baba menunjukkan kabinet telah membenarkan penggunaan kata "Allah" secara bersyarat oleh penerbitan Kristian Bahasa Malaysia.
- Keputusan itu menyatakan bahawa keempat-empat perkataan itu tidak boleh digunakan oleh penerbitan agama bukan Islam kecuali dengan syarat bahawa muka depan penerbitan ini menyatakan "Untuk agama Kristian".
- Pada 5 Disember 1986, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan mengenakan larangan sepenuhnya dalam penerbitan buku berkaitan agama Kristian dalam edisi Bahasa Malaysia.
- Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul "Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah", "Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah" dan "Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah" dibawa wanita Kristian berbangsa Melanau, Jill Ireland dirampas di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang.
- Pada 20 Ogos 2008, Jill membuat permohonan semakan kehakiman supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) yang dirampas daripadanya, mencabar penyitaan CD tersebut, serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian.
- Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.
- Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati keputusan dasar kabinet dan bahagian kawalan penerbitan Kementerian Dalam Negeri bertentangan dengan kes itu.
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.
- Pada 12 Mac 2021, Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- Pada 18 April 2023, notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Fareez Azman
Tue May 16 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam. -Gambar fail/Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.

Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Tuduhan terhadap Najib sah, tidak cacat - Hakim
Mahkamah juga mendapati saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti dan tiada siasatan yang berat sebelah.

Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.

Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Johor Bahru memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lepas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.