Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dilihat boleh menjadi antara kemungkinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'dikeluarkan' daripada terus mentadbir negara.
Justeru, beliau berkata isu berkenaan harus dibincang dengan baik oleh semua pihak kerana ia melibatkan kos sara hidup yang sering menjadi topik utama dibangkitkan golongan muda masa kini.
"Kalau saya tak berjaya angkat suara anak muda tentang ini (PTPTN), maksudnya saya gagal. Sebab itu, kalau kita bincang tentang PTPTN, saya kena pertahankan (keutamaan golongan muda) dan bawa ke jemaah menteri untuk mencari kaedah yang komprehensif menyelesaikannya.
"Disebabkan itu, kita (Kementerian Belia dan Sukan) selaku platform yang dekat dengan anak muda, harus libatkan diri dan menjadi pendesak utama membantu kelompok berkenaan dalam isu berkaitan kos sara hidup," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, pada Jumaat seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkaitan PTPTN dan kehendak serta keutamaan golongan muda masa kini, oleh moderator program berkenaan, Tan Sri Johan Jaafar.
Dalam pada itu, bercakap kepada media selepas program berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa PTPTN perlu memastikan kaedah pembayaran baharu yang mahu dilaksanakan ke atas peminjam tabung pendidikan itu dibuat secara adil.
Beliau berkata nasib peminjam yang sedang membayar pinjaman pengajian mengikut jadual ditetapkan PTPTN juga tidak boleh diketepikan kerana mereka menandatangani kontrak pembayaran itu terlebih dahulu dengan perbadanan berkenaan sebelum kaedah pembayaran baharu dikeluarkan.
"Kita tak boleh pukul rata semuanya. Kalau sebelum ini peminjam membayar RM100 ke RM200 sebulan tapi tiba-tiba naik ke RM600 ke RM700, itu terlalu membebankan kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai tanggungan yang besar walaupun bergaji RM4,000 ke atas," katanya.
Sehubungan itu, kata Syed Saddiq, KBS dengan Kementerian Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Pada hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek menyatakan jemaah menteri mahu PTPTN menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) ke atas semua peminjamnya susulan pengumuman perbadanan itu pada Rabu lepas, yang akan melaksanakan PGB ke atas peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.
Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam.
Astro Awani
Fri Dec 07 2018
![Isu PTPTN boleh 'keluarkan' PH daripada mentadbir negara - Syed Saddiq Isu PTPTN boleh 'keluarkan' PH daripada mentadbir negara - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537261379_TBSYEDSADDIQjpg.jpg)
KBS dengan Kementerian Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28 KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721050507_tbOlimpikParis.jpg)
KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.
![Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720964586_TBADAMADLI.jpg)
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717392383_KBSHannahYeoh.jpg)
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
![Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718961973_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
![Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718885076_tbGooddayChargeTe.jpg)
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
![Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718443952_HannahYeoh.jpg)
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
![KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718283784_TBHannahYeoh.jpg)
KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan kemudahan sukan lebih mudah diakses oleh orang ramai.
![Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali
Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
![Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717143059_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.