Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan sekeras-kerasnya laporan daripada sumber sebuah portal yang menyatakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lagi tidak 'sebulu' dengan mereka.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sumber itu boleh dikategori cuba memecah-belahkan hubungan baiknya dengan Dr Mahathir selain memburukkan Perkasa sendiri.
"Kenapa hendak percaya. Siapa sumber jahat itu, barua...dari dahulu hendak burukkan Perkasa.
"Portal itu hendak cari orang ke web mereka tetapi caranya tidak betul, kalau berani pergi tanya Dr Mahathir sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan sumber portal Themalaysianinsider yang menyifatkan Dr Mahathir telah membawa haluan sendiri dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan Perkasa.
Sumber itu turut menyatakan, Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan cara kumpulan memperjuangkan hak Melayu itu mengendalikan serta mencetuskan isu berkaitan sensitiviti kaum.
Jelas Ibrahim, pihaknya kini mempertimbangkan untuk menyaman portal berkenaan kerana laporan berita yang tidak berasas.
"Saya akan berbincang dengan Setiausaha Agung Perkasa untuk langkah menyaman portal yang melaga-lagakan kami dengan Dr Mahathir.
"Saya anggap golongan ini manusia yang meletakkan otaknya di lutut. Tidak pernah berfikir dua tiga kali sebelum membuat sebarang tindakan," ujarnya.
Tambahnya, Dr Mahathir juga bukan penaung Perkasa selain mengakui kehadiran bekas perdana menteri itu sebagai tanda hubungan rapat mereka berdua.
"Saya dan Dr Mahathir memang rapat dari dulu, kini dan selamanya. Kalau ada yang tidak percaya atau apa-apa yang mereka mahu tahu...pergi tanya Dr Mahathir sendiri.
"Saya cabar sekali lagi portal itu untuk bertanya Dr Mahathir mengenai isu berkenaan. Jangan hendak jadi popular dengan cara murahan dan putar belit begini," tegasnya.
Sebelum ini, Perkasa menolak dakwaan ia adalah sebuah pertubuhan bersifat rasis atau ekstremis.
Ibrahim turut membidas kumpulan yang mengkritik pertubuhan itu termasuk sebuah media arus perdana milik sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa portal berita pro pembangkang.
Astro Awani
Mon Jan 19 2015
TOK HIM: Sila tanya Tun M sendiri - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Isu masak di kampus: GST tidak buat pelajar UiTM mati kebulur - Dr Ibrahim
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinasihat tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.
Isu Perkasa: Sila tanya Tun M sendiri - Tok Him
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan sekeras-kerasnya sumber sebuah portal yang menyatakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lagi tidak 'sebulu' dengan mereka.
Kenapa tahan Paulsen macam dia penjenayah besar? - Syed Ibrahim
Kaedah berdialog dilihat lebih baik berbanding serbuan oleh 20 anggota polis semasa penahanan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.
Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Zumba punca KJ tidak boleh jadi pejuang Islam - Ismail Mina
Tarian sukan, Zumba dilihat antara faktor utama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal menjadi seorang pejuang Islam sejati.
Ibrahim Ali, jangan mudah sangat label orang lain - Fathul Bari
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali diminta tidak terlalu mudah melabelkan orang lain yang dilihat tidak sependapat dengannya.
Saya wira orang Melayu dan Islam - Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menabalkan dirinya sendiri sebagai wira orang Melayu dan Islam.
Selepas 21 tahun, semua pihak masih belum cukup sedar - Dr. Ibrahim Komoo
Masyarakat, pemaju perumahan dan kerajaan disifatkan masih belum cukup sedar dan mengambil teladan selepas tragedi hitam satu blok kondominium Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993.