SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan dengan peruntukan sebanyak RM18.29 juta iaitu RM4.19 juta daripada majlis dan RM14.1 juta di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) pada tahun lalu.
MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan berkenaan adalah untuk kerja-kerja selenggara seperti baharui muka jalan, menaik taraf jalan dan kerja-kerja pembaikan serta tampalan jalan di kawasan pentadbiran MBSA.
Selain itu, katanya, bagi tindakan jangka pendek untuk tujuan pembaikan kecil, pihak MBSA di bawah jabatan kejuruteraan mempunyai pasukan 'road gang' terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil sekiranya jalan berlubang dan memerlukan tampalan segera.
Katanya lagi, antara cabaran dihadapi pihak MBSA dalam melaksanakan selenggara jalan kondusif, di mana sering berlaku permasalahan kerja-kerja oleh syarikat-syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja korek dan tampalan kurang memuaskan.
"Pihak MBSA sentiasa mengambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat utiliti ini agar melakukan kerja-kerja korek dan tampalan mengikut spesifikasi ditetapkan dan penyelarasan sentiasa dilakukan bersama syarikat utiliti.
"Sekiranya syarikat ini gagal mematuhi syarat ditetapkan, pihak MBSA akan mengarahkan syarikat tersebut untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan rosak akibat kerja-kerja korek dan tampalan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Malah pihak MBSA sentiasa memberi keutamaan dan penumpuan terhadap kesejahteraan dan keharmonian hidup komuniti melalui perkhidmatan perbandaran yang sentiasa ditambah baik pada setiap masa," kata MBSA pada Jumaat sebagai respon laporan Sinar Harian pada 28 Januari lalu bertajuk 'Shah Alam dan periuk api di mana-mana'.
Berdasarkan laporan berkenaan, 'periuk api di mana-mana' yang dimaksudkan ialah keadaan jalan berlopak-lopak dan berombak tetapi tidak dibaiki yang bukan sahaja kenderaan mengalami kerosakan, lebih malang ia juga berisiko berlaku kemalangan jiwa kepada pengguna.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa jalan di MBSA terdiri daripada jalan bandaran, Persekutuan, jalan negeri dan jalan luar bandar.
Justeru, selenggara jalan di bawah pentadbiran MBSA dilaksanakan pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelenggara jalan Persekutuan dan jalan negeri, serta pejabat daerah dan tanah bertanggungjawab menyelenggara jalan luar bandar
"Untuk makluman, pihak MBSA melakukan kerja-kerja selenggara di bawah kategori jalan bandaran," kata kenyataan itu.
Orang awam ingin menyalurkan aduan dan permasalahan termasuk aduan berkaitan dengan penyelenggaraan jalan boleh menghubungi talian bebas tol 1800 88 4477 pada waktu pejabat dan Bilik Pantas MBSA di talian terus 03-55105811 (24 jam) selepas waktu pejabat.
"Diharapkan makluman ini dapat memberikan penjelasan kepada orang awam berhubung isu yang dibangkitkan Sinar Harian sebelum ini kerana MBSA sentiasa proaktif dalam menangani aduan awam yang disalurkan oleh masyarakat," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022
![Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643422081_pothole.jpg)
Sering berlaku permasalahan kerja-kerja oleh syarikat-syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja korek dan tampalan kurang memuaskan. - Foto fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Sejuta rakyat Kemboja terdedah kepada risiko periuk api - PM Sejuta rakyat Kemboja terdedah kepada risiko periuk api - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729416842_cambodia.jpg)
Sejuta rakyat Kemboja terdedah kepada risiko periuk api - PM
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Sabtu berkata bahawa hampir satu juta penduduk hidup di bawah ancaman bahan letupan jenis 'Unexploded Ordnance' (UXO).
![Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720179081_cambodia.jpg)
Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang
Kemboja merekodkan 35 kematian akibat periuk api dan sisa letupan perang (ERW) pada separuh pertama 2024, meningkat hampir 67 peratus berbanding 21 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
![Periuk api menyebabkan 264 orang awam terbunuh sehingga ini di Ukraine Periuk api menyebabkan 264 orang awam terbunuh sehingga ini di Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698960185_dangersign.jpg)
Periuk api menyebabkan 264 orang awam terbunuh sehingga ini di Ukraine
Sejak Februari 2022, sekurang-kurangnya 561 insiden periuk api berlaku di Ukraine, mencederakan 571 orang.
![Kemboja catat kemajuan capai sasaran bebas periuk api pada 2025 Kemboja catat kemajuan capai sasaran bebas periuk api pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698655829_TBHunManet.jpg)
Kemboja catat kemajuan capai sasaran bebas periuk api pada 2025
Setakat ini, 13 daripada 25 wilayah di Kemboja telah diisytiharkan bebas periuk api.
![Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680683135_periukapi.jpg)
Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan
Kenyataan UNSMIL itu sempena sambutan hari antarabangsa untuk memupuk kesedaran mengenai periuk api yang disambut pada 4 April.
![Hasil pertanian Ukraine menurun akibat periuk api Hasil pertanian Ukraine menurun akibat periuk api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677126429_YuliaSvyrydenko.jpg)
Hasil pertanian Ukraine menurun akibat periuk api
Beliau berkata, lebih 2.6 juta hektar tanah pertanian Ukraine terjejas akibat periuk api.
![Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663431385_TBHUNSEN.jpg)
Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine
Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain.
![Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660615342_PeriukApiUkraine.jpg)
Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine
Rakaman video menunjukkan letupan besar berlaku menyebabkan air menyembur mengakibatkan dua perenang terbunuh serta-merta.
![Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643422081_pothole.jpg)
Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA
MBSA mempunyai pasukan 'road gang' terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil.
![Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601046207_TBMAGAWAx.jpg)
Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah
Pingat itu diberikan atas keberanian dan pengabdiannya yang bertugas menyelamatkan nyawa.