Isu seorang penjaja kacang putih kononnya dibuli oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menjadi viral sejak Ahad lalu dianggap selesai, manakala nasib penjaja itu terbela.
Selepas seorang pelajar kolej membuat permohonan maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemar kredibiliti penguatkuasa MBI, hari ini, Pergerakan Pemuda MIC tampil untuk membantu penjaja berkenaan.
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh berkata, pihaknya akan memberi bantuan kewangan bagi membolehkan, penjaja berkenaan, S. Selvajanaki membeli bekalan jualan.
Manakala, Ketua Pemuda MIC Perak, M. Veeran pula berjanji untuk membantu penjaja itu mendapatkan lesen perniagaan yang sah.
Veeran yang juga Ahli Majlis MBI berharap peristiwa itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak, khususnya penjaja dan peniaga kecil supaya mematuhi peraturan, di samping memiliki lesen yang sah.
"Puan Janaki telah berjanji dia akan memohon lesen dan saya akan membantu dia untuk mendapatkan lesen perniagaan bergerak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan semula motosikal roda tiga milik penjaja itu yang disita di Bahagian Penguatkuasa MBI, di sini, pada Selasa.
Veeran menasihatkan para peniaga di sekitar Bandaraya Ipoh supaya jangan berniaga sekiranya tiada lesen yang sah.
"Kalau sesiapa perlukan lesen datang jumpa saya, tidak mengira kaum, orang India, Melayu atau Cina, saya sudi membantu sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh," tambahnya.
Sementara itu, Selvajanaki ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan masalahnya.
Astro Awani
Tue Aug 11 2015
Gambar yang dimuat naik oleh seorang pemuda yang menunjukkan seorang penjaja wanita dengan barang-barang jajanya yang berselerak sambil diperhatikan penguatkuasa MBI. - Foto Facebook
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
PRU15: Walaupun mencabar, saya datang ke Padang Serai untuk menang - Sivarraajh
Beliau menyahut cabaran bertanding di kawasan itu dan bertekad memenanginya atas tiket BN kerana yakin ia tidak mustahil dilakukan.
Isu Thaipusam: Kenapa MIC 'takut' dengan Pas? - Muhamad Arafat
Datuk C Sivarraajh disifatkan sengaja mengelak untuk memberi jawapan tepat mengenai pendirian parti berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.
Mahkamah Rayuan batal keputusan SPR larang bekas MP Cameron Highlands bertanding, mengundi
Mahkamah membenarkan rayuan Sivarraajh dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman beliau.
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pegawai dan anggota sepanjang sebelum dan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Sivarraajh hilang kelayakan bertanding PRK Cameron Highlands - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan Naib Presiden MIC Datuk C. Sivarraajh tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Jan tahun depan.
BN akan cadang nama Pengerusi PAC baharu - Ahmad Zahid
Manifesto Pakatan Harapan (PH) menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada anggota Parlimen daripada pembangkang.
Saya tak akan rayu, saya terima saja - Sivarraajh
Justeru, pendirian Naib Presiden MIC itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
PKR, DAP kekal bertanding di Rantau, Cameron Highlands - Tun M
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan yang beliau pengerusikan hari ini.
Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
Mohamad Ariff berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi duluan atau precedence yang boleh menjadi rujukan di masa akan datang sekiranya ianya terjadi lagi.