KUALA LUMPUR : Kenyataan sensitif, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan penggunaan chopstick oleh kaum Cina sebagai sebab negara berdepan cabaran untuk mempunyai nilai kesatuan identiti mengundang pelbagai respon pemimpin dan masyarakat.
Antaranya, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir mengingatkan beliau kepada seorang ilmuan iaitu Imam Daud Ting.
"Dalam wacana tentang penggunaan chopstick saat ini, ia mengingatkan saya kepada Almarhum Imam Daud Ting yang juga penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya semasa pertemuan kami di Masjid Besar Taipei pada sekitar tahun 1980," katanya dalam perkongsian di Twitter pada Isnin sebagai respon terhadap isu berkenaan.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut, konteks tweet beliau dilihat mencerminkan bagaimana individu yang dilahirkan dengan latar belakang berbeza dapat mendalami ilmu serta budaya dimiliki oleh kaum lain serta memanfaatkan kebolehan yang dimiliki tanpa sebarang isu.
BACA: Isu 'chopstick': Kenyataan Tun Mahathir disalah tafsir - Pejuang
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamuddin berkata, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir berhubung penggunaan chopstick itu telah disalah tafsir sesetengah pihak dan digunakan sebagai bahan politik.
Ujarnya, kenyataan itu sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada keunikan masyarakat di negara ini yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dan budaya tersendiri.
“Konteks sebenar yang ingin disampaikan lebih kepada bagaimana rakyat di negara ini sedia bekerjasama tanpa ambil kira soal perbezaan sentimen bangsa.
“Selagi masyarakat di negara ini menumpukan soal perbezaan, maka usaha untuk menyatukan kaum di negara ini mungkin agak sukar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Dr Mahathir menerusi kenyataannya berkata, penggunaan chopstick ketika makan menyebabkan Malaysia tidak mempunyai identitinya.
Kenyataan itu sekali gus membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati selain menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang berunsurkan perkauman.
Astro Awani
Mon Dec 13 2021

Anwar berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M mengingatkan beliau kepada ilmuan serta imam Daud Ting. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India.

ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.

Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Ia merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.

ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Ketua Pembangkang enggan layan laporan kediamannya diserbu LHDN, tegas akan ambil tindakan pada pihak yang memfitnah.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas.

Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang
Kegagalan berbuat demikian, kata Hamzah, dikhuatiri meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara.