JAKARTA: Isu pendatang tanpa izin (PATI) menjadi topik utama mesyuarat antara Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan rakan sejawat di Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo pada Selasa.
Dalam pertemuan di ibu pejabat polis Indonesia di sini, kedua-dua mereka membincangkan masalah yang kerap terjadi di kedua negara dan bertekad untuk meningkatkan kerjasama, koordinasi serta komunikasi.
Kewujudan laluan tikus dikenal pasti sebagai faktor utama berlakunya penyeludupan warga Indonesia ke Malaysia.
Sigit berkata berdasarkan data hampir setiap hari ada kes yang melibatkan kemasukkan PATI dari Indonesia ke Malaysia atau yang diseludup.
"Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
Perkara lain yang dibincangkan termasuk pengendalian dan kawalan wabak COVID-19 di negara masing-masing terutamanya penyebaran varian Omicron.
Sigit turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia kerana membantu dalam beberapa kes penguatkuasaan undang-undang melibatkan kedua-dua negara.
Acryl Sani juga menjemput Sigit untuk menghadiri pameran Defence Service Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) yang akan berlangsung dari 28 hingga 31 Mac 2022 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Acryl Sani juga menjemput Sigit untuk menghadiri pameran Defence Service Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) yang akan berlangsung dari 28 hingga 31 Mac 2022 di Kuala Lumpur.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.