IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan notis saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat masa ini pendekatan tolak ansur itu diambil ketika waktu puncak, di mana ramai yang datang berurusan di hospital tersebut.
"Waktu kritikal atau puncak memang (penguat kuasa MBI) tak saman. Kita memang buat begitu (toleransi) tapi tak uar-uarkan kepada orang ramai.
"Tapi ikut juga situasi. Maknanya, kalau kita lihat banyak parkir atau petak kosong di dalam hospital dan mereka masih parkir di luar, kita akan saman," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Pra Pelancaran Tasik Cermin Eco Park Ipoh yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rumaizi berkata, antara penyelesaian jangka pendek bagi isu kekurangan tapak parkir hospital ialah dengan memberi diskaun pembayaran saman lebih 70 peratus.
"Buat masa ini memang kebanyakan saman (parkir) kita bagi diskaun lebih 70 peratus. Tetapi kita bertoleransi, tak akan saman sewenang-wenangnya," katanya lagi.
Sementara itu, Nolee Ashilin menambah, kerajaan negeri sedang memperhalusi isu tersebut yang masih berlarutan sehingga kini.
"Perkara ini telah dibawa dalam Mesyuarat Exco. InsyaAllah, saya difahamkan, Menteri Besar akan membuat satu pengumuman berkenaan parkir sedia ada, iaitu bangunan baharu.
"Mungkin kita boleh lihat semula kegunaannya bagi memastikan orang ramai tidak parkir di tepi jalan. Buat masa ini, memang MBI ambil pendekatan toleransi daripada segi saman," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan rungutan dan keluhan orang ramai berhubung isu parkir bertingkat di bangunan baharu HRPB yang mendapat perhatian Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau menegaskan, kerajaan negeri menerusi Exco akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mencari punca dan menyelesaikan masalah tersebut.
Aida Aziz
Sat Feb 26 2022
Rumaizi (dua, kiri) dan Nolee Ashilin ketika hadir pada Majlis Pra Pelancaran Tasik Cermin Eco Park di Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
WUF12: ‘Rumah’ yang telah hilang
Perang di Gaza, Ukraine dan Lubnan menyebabkan jutaan hilang rumah dan menjadi pelarian, ia antara perkara yang menjadi tumpuan di World Urban Forum. Dzulfitri Yusof ada perinciannya.
Apa yang merisaukan rakyat Malaysia?
Tahap keyakinan dan kerisauan utama rakyat Malaysia. Sumber : Kenyataan Media IPSOS.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa
Analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
Sanusi mohon maaf, akui hubungan Kedah-Pusat bertambah baik
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui hubungan antara kerajaan negeri pimpinannya dengan Kerajaan Persekutuan bertambah baik terutama membabitkan projek-projek pembangunan di negeri Jelapang Padi demi manfaat keseluruhan penduduknya.
Dua beranak maut ditikam di kawasan apartmen
Dua beranak maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Waktu puncak trafik antara 5 hingga 6 petang pada Ramadan - PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengambil beberapa langkah proaktif untuk memastikan kelancaran operasi lebuh raya dan plaza tol terutama pada waktu puncak sepanjang Ramadan kelak.
Kerajaan komited selesai isu kesesakan trafik di ibu kota - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata masalah itu sudah lama berlaku dan perlu ada penyelesaian.
Dua gangguan teknikal MRT berpunca daripada tekanan angin rendah
Dua gangguan teknikal dialami perkhidmatan MRT Laluan Kajang berpunca daripada tekanan angin rendah yang menyebabkan tren berhenti dan sistem brek kecemasan diaktifkan secara automatik.
Tiada kakitangan di kaunter, formula baharu pertukaran syif atasi kesesakan di Tambak Johor - KP Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan formula baharu pertukaran syif di pintu keluar masuk laluan darat di Tambak Johor.
MRT Laluan Putrajaya masih belum berjaya atasi kesesakan
Keadaan kesesakan terutama pada bulan Ramadan dan ketika waktu puncak dilihat masih lagi kritikal.
Pelaksanaan caj kesesakan di KL, bersediakah kita?
Pengenalan 'kadar harga jalan' iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Isu parkir luar hospital, MBI tak saman waktu puncak - Datuk Bandar
Antara penyelesaian jangka pendek ialah dengan memberi diskaun pembayaran saman lebih 70 peratus.
Baki eWallet tak cukup pada waktu puncak punca lorong RFID sesak
Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup.