SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021, ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Justeru beliau meminta mereka yang berkenaan supaya tidak bersifat hipokrit dalam mengetengahkan isu berkenaan.
"Menariknya, kalau kita teliti di media sosial, filem ini mula berlegar pada tahun 2021, siapa mentadbir (negara) waktu itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu?
"Mana pasukan mereka yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu)?
"Cuma kita tidak boleh hipokrit dalam hal ini. Ini bukan filem baharu tapi sekarang ini cuba diapi-apikan dan cuba diambil kesempatan sesetengah pihak," kata beliiau pada sidang media selepas majlis pengagihan Peranti Siswa dan perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mengenai tindakan yang diambil kementeriannya terhadap produksi Mentega Terbang.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pas dan Barisan Nasional (BN) mengetuai negara sejak 1 Mac 2020 sebelum diambil alih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari 21 Ogos 2021 hingga November 2022.
Memetik laporan Berita Pas, Dewan Pemuda Pas Terengganu (DPPT) menzahirkan rasa pelik dengan sikap sesetengah pihak yang terlibat dalam perfileman di negara ini apabila meluluskan tayangan filem Mentega Terbang tanpa sebarang tapisan dan sekatan.
Ketuanya, Mohd Harun Esa berkata, kelulusan filem yang katanya mempersenda agama Islam itu seperti satu provokasi yang sengaja dilepaskan untuk 'test market' pandangan majmuk rakyat Malaysia.
Menurutnya, sisi gelap filem itu dikatakan mempromosikan sekularisme dan liberalisme dalam agama seolah ianya suatu yang biasa dan wajar dibuat dengan alasan kajian atau terasa serasi dengan agama lain tanpa sebarang rasa bersalah.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 05 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan merasmikan MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini.- Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.

Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.

Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.

Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.

Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.