PUTRAJAYA: Dua pengarah kanan sebuah syarikat dikenakan reman empat hari hingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi syarikat Menara Kuala Lumpur.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Terdahulu, kedua-dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk itu yang diiringi pegawai SPRM tiba di Istana Kehakiman di sini kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Sebelum itu, kedua-dua pengarah syarikat kanan terbabit yang berusia antara 49 dan 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, lewat petang semalam.
Menurut sumber, salah seorang daripada suspek tersebut dipercayai ialah pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham syarikat Menara KL.
Manakala seorang lagi merupakan ahli perniagaan berjawatan pengarah syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pengambilalihan syarikat tersebut bagi pihak orang atasan.
Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada orang atasan bagi membantu pengambilalihan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan SPRM menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia.
Beberapa saksi termasuk pegawai kanan Telekom, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Sat Jan 07 2023

Kedua-dua suspek dihadapkanke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

LSH Best Builders, Service Master dipilih uruskan operasi Menara KL
Sebuah syarikat usaha sama yang dianggotai LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd telah dipilih oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk menguruskan operasi Menara Kuala Lumpur.

Restoran berputar Menara KL diarah kosong, tutup operasi
Restoran berputar Menara KL diarah kosong, tutup operasi

Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.

Pengarah syarikat mohon batal tuduhan tawar suapan percepat pengambilalihan Menara KL
Suzana menetapkan 19 Jun untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 18 Julai ini untuk keputusan bagi permohonan bantahan awal itu.

Mencari Hilal Ramadan, eksklusif Astro AWANI bersiaran dari Menara KL malam ini
Siaran eksklusif berkenaan bagi merakam kemeriahan menjelang pengumuman 1 Ramadan melalui segmen 'Mencari Hilal Ramadan' di menara ikonik yang berketinggian 421 meter.

Kementerian sedia bekerjasama jika penjualan saham Menara KL disiasat - Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi dan Digital bersedia untuk bekerjasama jika pihak berkuasa menyiasat pengambilalihan Mnenara KL.

Menara Kuala Lumpur, Pintasan Saloma dilimpahi cahaya sempena Hari NTD
Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma dilimpahi dengan cahaya lampu sebagai tanda solidariti memerangi Penyakit Tropika Yang Terabai atau Neglected Tropical Diseases (NTD) bermula jam 7 malam tadi.

'Saya muat naik foto biawak panjat Menara KL sebab...' - Ismail Izzani
Ismail izzani menarik perhatian peminat apabila memuat naik foto-foto rawak di laman sosial Instagram miliknya.

Rumah Budaya tarikan terbaharu Menara KL
Menganggapnya satu peluang keemasan, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal itu menyahut cabaran meneraju Rumah Budaya atau Culture House, tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur.

'Selfie' pertama di puncak Menara KL lebih mencabar
Yusof Ghani merupakan individu pertama mengambil gambar selfie dari puncak Menara KL pada 1996 dan melakukannya dengan kamera SLR yang lebih besar dan berat.