Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini meminta semua pihak menunggu sehingga minggu hadapan sebelum beliau memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk pembelian blok pangsuri di Melbourne Australia.
"Hari ini saya tidak akan bercakap mengenai isu MARA. Tunggu buka puasa bersama Majlis Amanah Rakyat nanti, kita akan bincang mengenai perkara ini (isu MARA)."
Itu jawapan beliau sebelum sempat ditanya wartawan dalam satu sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Kementerian Bersama Anak-Anak Yatim di Institut Kemajuan Desa INFRA, Bangi, Selangor.
Menurut Shafie, ulasan lanjut itu akan dibuat pada 7 Julai akan datang dalam satu majlis berbuka puasa bersama MARA di German Malaysian Institute, (GMI) Bangi, Selangor.
Dalam majlis itu, Shafie juga menyampaikan sumbangan kepada 102 orang anak yatim daripada Kampung Bukit Lanjan, Badan Orang Asli Hulu Langat, Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab Beranang, dan Rumah Anak Yatim Darul Fallah.
Mereka menerima sumbangan berbentuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 13,000.
Sebelum ini, media Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.
BACA: Polis Persekutuan Australia lancar serbuan bantu siasatan penipuan hartanah
BACA: Pembelian hartanah di Melbourne berlandaskan laporan jurunilai - Abdul Halim
BACA: Dokumen baru dedahkan kepincangan prosedur pembelian hartanah MARA - Rafizi
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri itu pada 2013.
The Age melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli MARA, yang turut menyediakan biasiswa untuk penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat itu di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.
Mariah Ahmad
Tue Jun 30 2015
![Isu Mara Inc: 'Tunggu buka puasa bersama MARA minggu depan saya jawab' - Shafie Isu Mara Inc: 'Tunggu buka puasa bersama MARA minggu depan saya jawab' - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435674601_ShafieApdal.jpg)
SHAFIE: Ulasan lanjut berhubung isu skandal MARA akan dilakukan pada majlis berbuka puasa bersama MARA di GMI Bangi, Selangor minggu depan. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693816346_PengerusiMARA.jpg)
Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA
Duit MARA adalah duit rakyat, jadi tidak boleh sewenang-wenangnya minta hapuskan hutang, tegas Asyraf Wajdi.
![Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657355363_TBS.jpg)
Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan
Ia termasuk peruntukan RM180 juta yang disediakan antara lain bagi menambah baik capaian bas awam untuk penduduk di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
![TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655728942_MahdzirKhalid.jpg)
TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.
![Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652348733_MahdzirKhalid.jpg)
Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA
MARA sedang meneliti kadar elaun pelajar luar negara berdasarkan kos yuran pengajian, lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti.
![Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642086006_AzamBaki.jpg)
Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil
SPRM telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA.
![Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81643986517_TBMARAjpg.jpg)
Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Datuk Seri Azizah Mohd Dun memaklumkan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan.
![89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20 89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617872187_MahdzirKhalid.jpg)
89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaja 89 peratus pelajar daripada golongan B40 tahun ini sekali gus menafikan dakwaan tajaan itu mengutamakan pelajar daripada keluarga T20.
![Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619516796_yayasanmara.jpg)
Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara
Keistimewaan menyumbang dengan YPM adalah individu boleh menyalurkan sumbangan secara umum ataupun spesifik kepada skim atau program yang dikendalikan oleh YPM.
![MARA Corp perlu diurus golongan profesional MARA Corp perlu diurus golongan profesional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607480224_MARACorporation.jpg)
MARA Corp perlu diurus golongan profesional
Masa sudah tiba untuk MARA Corp melabur dalam program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh.
![53 buah MRSM dibuka semula sejak Sabtu 53 buah MRSM dibuka semula sejak Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61593325835_TBsekolah.jpg)
53 buah MRSM dibuka semula sejak Sabtu
Sebanyak 53 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara telah dibuka semula untuk 8,105 pelajar Tingkatan Lima pada Sabtu dan Ahad.