Kenyataan akhbar ini bertujuan menyatakan pendirian berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 7 November 2014.
Walaupun keputusan penuh Mahkamah Rayuan belum dikeluarkan, intipati keputusan dapat dilihat dalam keputusan ringkas yang dikeluarkan oleh Mahkamah pada hari keputusan tersebut diumumkan.
Kes berkaitan melibatkan tiga orang lelaki Islam yang merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan Seksyen 66 tidak berperlembagaan.
Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) tersebut berbunyi:
Lelaki berlagak seperti perempuan.
"Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Dalam keputusan pada 7 November 2014, Mahkamah Rayuan telah dengan sebulat suara memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan atas beberapa alasan, termasuklah, secara ringkasnya.
i. Seksyen terbabit tidak menghormati hak golongan yang dikenali sebagai ‘Gender Identity Disorder’ (GID) untuk hidup dengan 'dignity'
ii. Seksyen terbabit telah mendiskriminasi lelaki Islam yang mengalami GID
iii. Seksyen terbabit juga mendiskiminasi lelaki Islam kerana seksyen terbabit tidak menghukum wanita yang 'cross dressing'
iv. Seksyen tersebut juga menafikan kebebasan bergerak lelaki Islam yang mengidap GID.
v. Seksyen 66 menegah pengidap GID daripada mengenakan pakaian pilihan mereka.
Tegahan ini adalah bercanggah dengan kebebasan bersuara yang juga merangkum kebebasan untuk berpakaian sebagai satu bentuk ‘symbolic speech’.
Atas keprihatinan mengenai isu-isu berkaitan Islam, kenyataan media ini berhasrat menyampaikan pendirian mengenai keputusan Mahkamah Rayuan sebagaimana disebut di atas.
1. Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai perkara di atas hendaklah dihormati kerana mahkamah merupakan mekanisme utama mentafsir peruntukan Perlembagaan. Prinsip ini jelas dalam konsep faham Perlembagaan.
2. Keputusan Mahkamah Rayuan ini mempunyai kesan mendasar ke atas kedudukan undang-undang jenayah Syariah, terutamanya undang-undang berkaitan kesusilaan dan akhlak orang-orang Islam.
3. Berkaitan, perlu ditegaskan bahawa tafsiran Perlembagaan Persekutuan hendaklah mengambil kira
i. Kedudukan agama Islam sebagai agama negara
ii. Pembahagian kuasa perundangan antara negeri-negeri dan Persekutuan yang mengiktiraf kuasa autonomi negeri-negeri berkenaan undang-undang diri orang-orang Islam
4. Berkaitan tafsiran Perlembagaan juga, semua prinsip asas Perlembagaan perlulah dibaca dengan harmoni dan tidak melebihkan satu daripada yang lain dengan mengambil kira kepentingan dan peranan setiap satu peruntukan tersebut. Dalam konteks kes ini, pendekatan harmoni bagi peruntukan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi.
Pendekatan harmoni ini juga perlu untuk mengelak daripada berlakunya pertembungan yang membahayakan prinsip-prinsip asas yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
5. Kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak dipersoalkan. Walaupun begitu, pada masa sama adalah ditegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kuasa Dewan Perundangan Negeri berkaitan undang-undang diri orang Islam yang merangkum hal-hal berkaitan perintah agama Islam.
Perkara ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sulaiman Takrib lwn Majlis Agama Islam Terengganu. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang jelas bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa perundangan untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.
Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam, yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah juga sebaliknya.
6. Perlu ditegaskan bahawa juga undang-undang jenayah Syariah bukan undang-undang zalim yang dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor-faktor lain.
Sukacita dijelaskan bahawa undang-undang jenayah Syariah perlu dilaksana dengan berhikmah dan mengambil pendekatan yang sempurna serta menghormati dan menjamin kebebasan asasi setiap manusia, terutama kehormatan terhadap diri dan maruah setiap manusia, tidak mengira siapa mereka, sebagaimana firman ALLAH SWT yang meletakkan kemuliaan ke atas semua kaum Adam .
7. Justeru, pihak-pihak berkaitan, iaitu pihak-pihak yang dinamakan dalam prosiding tersebut diseru untuk memohon kebenaran merayu dalam jarak waktu yang ditetapkan dan berharap moga keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak dijadikan pembuka jalan kepada mudarat yang lebih besar kepada kedudukan Islam sebagai agama negara. Juga diharapkan keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada undang-undang Islam secara umum dan undang-undang jenayah Syariah secara khusus.
Media Statement
Thu Nov 13 2014

IKIM: Pendekatan harmoni ini juga perlu untuk mengelak daripada berlakunya pertembungan yang membahayakan prinsip-prinsip asas yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.

Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.

Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.

IKIM jawab dakwaan terhadap radio IKIMfm
IKIMfm terikat dengan garis panduan, peraturan dan akta yang dikanunkan bagi menjaga kemurnian Islam dan keharmonian hidup masyarakat.

Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.

Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Mohamed Azam berkata, ajaran tersebut tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Kes Nik Elin: IKIM gerakkan inisiatif beri pencerahan perundangan
Antaranya persidangan meja bulat atau muzakarah pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio, penulisan serta hebahan media.

Perang Palestin-Israel: IKIM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt
IKIM mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadual berlangsung di Frankfurt, Jerman.

Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, enam petugas cedera ringan - Bomba
Enam petugas IKIM mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi.

RM192 juta naik taraf pelabuhan Chendering - Mohamad
Peruntukan sebanyak RM192 juta telah diluluskan bagi proses menaik taraf Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (lKIM) Chendering, Terengganu.