JOHOR BAHRU: Isu penggantungan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia tidak akan menjejaskan bekalan daging lembu khususnya untuk sambutan Aidiladha.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup.
"Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.
"Jadi insya-Allah tidak ada isu dan (bekalan daging terjejas) pun ditampung oleh tempat lain," katanya kepada pemberita pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di sini malam tadi.
Beliau diminta mengulas mengenai sama ada penggantungan kelulusan loji sembelihan itu akan menjejaskan bekalan daging ketika Aidiladha atau sebaliknya.
Mengenai status penggantungan itu, Idris berkata perkara itu masih dalam proses siasatan.
Pada 14 Mei lepas, dilaporkan bahawa kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dipetik sebagai berkata keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jakim dengan pihak berkuasa Australia iaitu 'Department of Agriculture, Water and the Environment' (DAWE) pada 13 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Idris Ahmad berkata ia kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup. - Gambar fail
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu loji sembelihan Australia tidak jejas bekalan daging Aidiladha
Isu penggantungan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia tidak akan menjejaskan bekalan daging lembu khususnya untuk sambutan Aidiladha.