KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menyahklasifikasikan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan dengan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah merupakan satu peluang untuk mengembalikan semula peranan jawatankuasa itu untuk membasmi ketirisan dan penyelewengan dalam negara.
Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan mantan timbalannya, Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama pada Khamis berkata, mereka menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan perkara tersebut yang mana dapat menjamin kesinambungan kerja siasatan di bawah jawatankuasa tersebut.
"JKSTUPKK ditubuhkan selepas Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018 mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian.
"JKSTUPKK juga akan mengenal pasti sekiranya berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara.
"Ahli jawatankuasa JKSTUPKK adalah pakar dalam bidang perundangan, perakaunan, pengauditan dan ketenteraan manakala sekretariat terdiri daripada kalangan mereka yang berpangkat Jusa dan gred 44 ke atas yang tentunya berpengalaman dalam tadbir urus kerajaan.
"Dalam tempoh lebih kurang tiga tahun, JKSTUPKK telah melengkapkan 39 siasatan yang meliputi sembilan kementerian, khasnya Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
"Pencapaian yang mengagumkan ini adalah hasil titik peluh Pengerusinya,Tan Sri Ambrin Buang bersama lima orang ahli jawatankuasa dan pasukan sekretariat," menurut kenyataan itu.
Namun malang, kerana JKSTUPKK dibubarkan dan keseluruhan kontrak ahli jawatankuasa tidak disambung lagi selepas Julai 2021, katanya.
"Adakah kerajaan berniat untuk musnahkan mekanisme semak dan imbang terhadap perbelanjaan dan tadbir urus kerajaan?," soal beliau.
Terdahulu, pada Rabu, Mesyuarat Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek kapal tempur persisir (LCS) yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.
BACA: Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun.
Bagaimanapun, katanya lagi, proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan pihak Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.
Nickyson Nyambar
Thu Aug 11 2022
![Isu LCS: Kembalikan fungsi JKSTUPKK untuk basmi ketirisan, penyelewengan Isu LCS: Kembalikan fungsi JKSTUPKK untuk basmi ketirisan, penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643257865_MohamadSabu.jpg)
Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob berkaitan proses menyahklasifikasikan dokumen berkaitan LCS yang mana turut dapat mengembalikan peranan JKSTUPKK. - Gambar fail/BERNAMA
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719218102_KhaledNordin.jpg)
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
![Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719219595_TBKhaledNordin.jpg)
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
![Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717480511_LUMUT.jpg)
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
![Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat' Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714962918_tbLumutNavalShipya.jpg)
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
![SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714032204_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
![Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710712726_CekMINDEF.jpg)
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.
![LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710382167_TBMOHAMEDKHALED.jpg)
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
![LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660742700_kapalLCS.jpg)
LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut
Kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
![Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707130788_TBAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.
![LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700131902_AdlyZahari.jpg)
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.