KUALA LUMPUR:Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa segala pertikaian di Laut China Selatan perlu ditangani secara aman dan konstruktif, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Beliau berkata, ia mesti diselesaikan sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima sejagat, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.
"Malaysia berpandangan, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan Laut China Selatan kekal sebagai laut perdagangan, aman dan stabil.
"Sebagai negara pesisir pantai, amat penting kawasan maritim kami selamat untuk kemakmuran perdagangan antarabangsa," katanya ketika mencelah pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang bermula hari ini.
Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak yang diadakan secara maya itu.
Perdana Menteri turut mengulangi pendirian Malaysia, meskipun undang-undang antarabangsa menjaminkan kebebasan pelayaran, kehadiran kapal perang di Laut China Selatan berpotensi meningkatkan ketegangan sehingga menjejaskan keselamatan, kestabilan dan keamanan andai silap percaturan.
Mengulas perkara lain, Muhyiddin berkata, ASEAN akan kekal sebagai anggota strategik sebuah blok ketika berdepan perubahan geopolitik dan kekuatan itu hanya dapat dicapai jika semua negara anggota terus saling berhubung dan bekerjasama.
"Realitinya sebagai sebuah negara kecil, kita mesti bertaut dengan mereka yang berkongsi nilai sama kerana ia mampu mempertahan dan mengukuh Kepusatan ASEAN yang menjadi hasrat rantau itu dengan pihak luar.
"Malaysia berharap dengan pelbagai rundingan dan perbincangan yang dilaksanakan ASEAN, usaha kolektif kita mungkin dapat merintis jalan untuk merealisasikan matlamat ke arah pembentukan satu Komuniti ASEAN seperti diimpikan semua.
"Sebuah entiti yang berkongsi wawasan dan aspirasi bagi menjana Komuniti ASEAN ke kedudukan lebih tinggi dan strategik serta dapat memberi sumbangan besar kepada keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa," katanya.
Perdana Menteri turut mengalu-alukan kelulusan terhadap cadangan Australia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin ASEAN-Ausralia bermula 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Muhyiddin berkata, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan Laut China Selatan kekal sebagai laut perdagangan, aman dan stabil. -Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken
Ini kerana, Blinken berkata, kepentingan strategik di rantau ini adalah jelas.

Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.

Pemimpin ASEAN nantikan penyertaan penuh Timor-Leste dalam keluarga ASEAN - Siphandone
Pemimpin blok itu menantikan keahlian penuh negara termuda di Asia Tenggara dalam keluarga ASEAN pada masa akan datang.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.

Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.