Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini memberi keterangan selama tujuh jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu urus niaga 'land swap' membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.
Beliau yang tiba pukul 11 pagi tadi dan keluar daripada ibu pejabat Suruhanjaya itu pada pukul 6.00 petang ketika ditemui pemberita berkata, beliau berpuas hati dengan profesionalisma yang ditunjukkan SPRM ketika memberi keterangan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak supaya siasatan dan pendakwaan berhubung isu urus niaga 'land swap' itu tidak seharusnya dilakukan secara terpilih.
"Jika hendak bercakap soal 'land swap', pastikan juga soal 16 lagi 'land swap' lain dibangkitkan. Jika bercakap mengenai prosedur, kena tengok juga apa prosedur yang digunakan sebelum ini semasa di bawah pentadbiran sebelum ini, sama ada oleh Perdana Menteri sebelum ini, atau Menteri Pertahanan sebelum ini," katanya.
"Kalau perlu untuk bangkit apa-apa perkara, saya tidak teragak-agak untuk membantu kerana kita mahukan kebenaran. Mari kita siasat sedalam-dalamnya perkara ini," tambahnya yang turut berharap agar siasatan seterusnya dijalankan tidak memilih bulu kerana apa yang diharapkan adalah keadilan.
BACA: Isu 'land swap': Hishammuddin tiba di SPRM
Ditanya sekiranya 16 land swap yang menjadi diperkatakan itu berlaku semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Hishammuddin berkata: "... saya dipanggil untuk beri keterangan mengenai land swap di Paloh, yang selainnya mungkin mereka perlu panggil lain-lain menteri terbabit juga, apa yang istimewa mengenai kes yang membabitkan saya ini?".
Hishammuddin berkata apa yang dilakukannya berhubung land swap itu adalah demi kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka.
"Kalau tidak - dari mana nak dapatkan wang untuk bina kem-kem mereka. Kalau dia orang nak pandai cakap, nak tuduh, dia orang seharusnya beri saya cadangan, apa yang boleh dibuat untuk kebajikan para anggota tentera dan keluarga mereka," katanya.
Februari lepas, sebuah akhbar melaporkan Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga 'land swap' membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.
BACA: SPRM selidik elemen salah guna dalam dokumen pertukaran tanah Mindef
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata perkara itu terdedah hasil siasatan dibentangkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Jan lepas.
Semua kerugian dan ketirisan itu dilapor membabitkan 16 projek 'land swap' yang terdiri daripada 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan dengan nilai RM4.7 bilion dan kos projek RM4.8 bilion.
Mengenai kes pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta oleh Kementerian Pertahanan pada 2015, Hishammuddin berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh SPRM hari ini.
"Saya sudah jawab mengenai kes helikopter, saya tiada apa yang nak disembunyikan. Apa yang salah - tetap salah, dan sekiranya ia membabitkan pegawai saya sebelum ini, saya tak sekat (siasatan)," katanya.
BACA: 'Land swap' Kementerian Pertahanan: SPRM akan panggil Najib, Hishammuddin
Pada 13 Jun lepas, Kementerian Pertahanan membuat laporan kepada SPRM berhubung pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta pada 2015 yang masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga kini.
Menurut laporan media, helikopter tempur ringan MD530G keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas itu sepatutnya diterima dalam dua fasa iaitu dua buah pada Julai 2017 dan selebihnya pada Disember 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019

Hishammuddin memberikan kenyataan media sejurus keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan berkenaan isu urus niaga 'land swap' membabitkan tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan. --fotoBERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
Setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua 'runner'.

Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan
Kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.

Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.

Dr Akmal selesai beri keterangan selepas tiga jam
Beliau memaklumkan ada beberapa soalan tambahan dikemukakan dan ia telah selesai dijawab dengan baik sebelum dilepaskan oleh pihak polis.

'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa ini
Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.

Polis kesan tiga lagi individu dikenal pasti terlibat perhimpunan
Polis sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di ibu kota pada Sabtu lepas.