Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi melengkapkan siasatan akhir berhubung kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan merekodkan percakapan tersebut dalam tempoh terdekat.
"Kes itu dalam peringkat akhir siasatan , kami akan rakam percakapan ketua menteri Pulau Pinang dalam tempoh terdekat untuk melengkapkan siasatan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017' (KEJAR '17) peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini hari ini.
Pada 11 Ogos lalu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan SPRM ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu itu kemudian ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan tetapi beliau dibebaskan tiga hari kemudian selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan semakan semula bagi membatalkan perintah reman terhadapnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan tindakan undang-undang SPRM terhadap Lim berhubung isu kenyataan ketua menteri itu tentang Phee sebagai "penahanan haram oleh SPRM", Dzulkifli berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Peguam Negara.
"Selepas jelajah ini (KEJAR 17) yang tamat pada 1 Okt, saya akan melihat perkembangannya sama ada sudah menerima laporan daripada peguam negara atau tidak, "katanya.
Pada 25 Ogos lalu, SPRM memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai "penahanan haram oleh SPRM".
SPRM menerusi satu kenyataan pada 5 Sept lepas menegaskan bahawa ia menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.
Dalam pada itu Dzulkifli berkata SPRM akan terus agresif menangani gejala rasuah menerusi pelbagai program yang diadakan di seluruh negara.
Beliau berkata isu rasuah dan salah guna kuasa harus diatasi segera bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bebas daripada gejala rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
![Isu kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Isu kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71504598646_LimGuanEng.jpg)
SPRM akan merakam percakapan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi melengkapkan siasatan akhir berhubung kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707262596_SisaInsulator.jpg)
JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram
JAS dapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.
![Kilang lebur logam haram diserbu Kilang lebur logam haram diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663538894_KilangDiserbu.jpg)
Kilang lebur logam haram diserbu
Pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.
![Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603254699_analisaLUAS.jpg)
Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis
Kilang-kilang haram perlu dibanteras sebaiknya kerana didapati melakukan banyak pencemaran air sebelum ini.
![JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634056358_Kilangewastehara.jpg)
JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta
Kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual.
![Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617741310_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
![5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor 5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604394549_TBNgSzeHanx.jpg)
5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor
Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.
!['Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor 'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603091601_HeeLoySian.jpg)
'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Ramai pihak juga salah faham dan mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
![Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram? Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599551044_TBGangguanAir.jpg)
Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?
Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun".
![Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599561009_sultan.jpg)
Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan
Baginda menyifatkan kilang haram tersebut berpotensi mencemari anak sungai dan sungai di Selangor.
![5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara 5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550575561_zuraida.jpg)
5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan operasi serbuan dan notis telah dikeluarkan kepada pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala Langat.