Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa tidak ada lagi operasi mencegah khalwat lewat malam di kediaman persendirian.
Beliau berkata, ajaran Islam yang sebenar tidak pernah membenarkan penganutnya mencari kesalahan orang lain.
“Islam tak suruh kita pergi mencari orang, nak mencari salah saja, tak suruh. Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia di Petrosains, KLCC, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mujahid, bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup bukan urusan kerajaan.
Kenyataan itu dilihat menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Melayu Islam konservatif dan menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata jika terbukti seseorang itu melakukan perbuatan yang melanggari kehendak agama, ada acara yang lebih ‘lembut’ untuk untuk menghukum mereka.
“Islam bukan agama yang kejam. Ia bukan semata-mata mengenai memotong kepala atau tangan. Bukan itu maksudnya.
"Ada cara yang lebih ringan, tetapi orang-orang ini hanya mahu mengganggu orang lain, memotong tangan dan kepala…itu bukan cara Islam yang sebenar,” tegasnya lagi.
Ditanya sekiranya kerajaan kini lebih mengutamakan hak asasi manusia berbanding tuntutan agama, Dr Mahathir berkata nyawa seseorang juga perlu diambil kira.
“Hak kita sebagai manusia, memang agama mengambil berat tentang nyawa seseorang.
"Bukan mudah nak bunuh orang, potong kepala because that is killing people and Islam doesn’t agree about killing. You kill, you incur a sin (sebab itu satu pembunuhan dan Islam tidak benarkan pembunuhan. Anda bunuh, anda melakukan dosa),” katanya lagi.
BACA: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat
BACA: Kenyataan saya tak salah - Mujahid
BACA: Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak
Firdaus Azil
Sat Oct 06 2018
![Isu khalwat: Islam tak ajar kita pecah rumah orang - Tun M Isu khalwat: Islam tak ajar kita pecah rumah orang - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538446206_tunMlondon.jpg)
DR MAHATHIR: Islam tak suruh kita pergi cari salah orang, nak mencari salah saja, tak suruh. Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam. -Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712206185_SaifuddinNasutionI.jpg)
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
![18 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB 18 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719234944_PengurusanPDRM.jpg)
18 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB
Seramai 18 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berlepas ke Sudan Selatan, tengah malam tadi, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717111986_Rafah.jpg)
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
![Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713922932_ruangsivikMalaysi.jpg)
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
![CENTHRA tetap utuh perjuangkan keadilan, hak asasi manusia CENTHRA tetap utuh perjuangkan keadilan, hak asasi manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697078012_CENTHRA.jpg)
CENTHRA tetap utuh perjuangkan keadilan, hak asasi manusia
Prinsip, pengalaman dan pencapaian CENTHRA dalam memperjuangkan hak asasi manusia sejak penubuhannya, kekal tidak berubah dan akan terus diperjuangkan demi kebaikan bersama.
![Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669970218_SamdechTechoHunSen.jpg)
Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain
People's Party Kemboja (CPP) menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Penyatuan dengan 27 parti lain pada Rabu, lapor Xinhua.
![Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698073254_AdeebaKamarulzaman.jpg)
Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah
Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan antaranya hak asasi manusia untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.
![Tidak wajar manipulasi budaya, agama untuk kurangkan hak wanita - Noraini Tidak wajar manipulasi budaya, agama untuk kurangkan hak wanita - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695398984_norainiahmad.jpg)
"Tidak wajar manipulasi budaya, agama untuk kurangkan hak wanita" - Noraini
Budaya dan agama tidak wajar menjadi penghalang dan dimanipulasikan untuk mengurangkan hak-hak asasi manusia terutama wanita, kata Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad.
![PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695092634_UnitedNations.jpg)
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.