PHNOM PENH: People's Party Kemboja (CPP) menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Penyatuan dengan 27 parti lain pada Rabu, lapor Xinhua.
Presiden CPP Samdech Techo Hun Sen menandatangani perjanjian dengan wakil parti-parti terbabit pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat CPP di Phnom Penh.
Bercakap pada majlis itu, Hun Sen berkata pakatan itu bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang menjadi prasyarat penting untuk pembangunan sosioekonomi.
Hun Sen berkata perikatan itu berjanji untuk melindungi kemerdekaan, kedaulatan, integriti wilayah, perlembagaan dan monarki, serta mempertingkat demokrasi berbilang parti, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan keadilan sosial.
Langkah itu diambil susulan pembentukan gabungan pembangkang - Alliance Towards the Future - oleh empat parti pembangkang, Candlelight Party, Khmer Will Party, Grassroots Democratic Party dan Cambodia Reform Party.
CPP menang 120 daripada 125 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Funcinpec Party memperoleh lima kerusi dalam pilihan raya umum pada 23 Julai
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Hun Sen berkata pakatan itu bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang menjadi prasyarat penting untuk pembangunan sosioekonomi. - Gambar fail/Bernama

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain
People's Party Kemboja (CPP) menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Penyatuan dengan 27 parti lain pada Rabu, lapor Xinhua.

PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi
Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.

PKR belum buat keputusan tentang kemelut Pakatan Rakyat
PKR belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda PR setelah DAP mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud.